Mesyuarat PH ‘senyap’ tentang rancangan Anwar-Zahid-Najib








Tiada siapa yang membangkitkan mengenai isu itu tetapi fokus kepada dilema untuk menyokong belanjawan bulan depan.

MalaysiaNow

Oct 30, 2020

 

 

Tiada sesiapa yang membangkitkan tentang kerjasama antara pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dengan pemimpin tertinggi Umno semasa mesyuarat gabungan pembangkang itu semalam, kata sumber kepada MalaysiaNow.

Situasi itu berbeza apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang mencadangkan “kerajaan perpaduan” sedekad lalu untuk bekerjasama dengan musuh Pakatan Rakyat padPakatan Rakyat yang ditubuhkan pada 2008 selepas majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Bagaimanapun gabungan itu berpecah pada 2015 selepas pertembungan antara PAS dan DAP dalam beberapa isu.

“Isu yang besar itu langsung tidak dibangkitkan,” kata seorang pembantu pemimpin yang menghadiri mesyuarat PH semalam.

“Mesyuarat tentang belanjawan akan datang dan bagaimana PH harus respons kepada titah Agong sehari sebelum itu (Rabu),” katanya merujuk kepada kenyataan Istana Negara yang menggesa ahli-ahli Parlimen menyokong belanjawan yang dibentangkan minggu hadapan bagi memastikan perang melawan Covid-19 akan terjejas.

Mesyuarat PH semalam yang pertama diadakan selepas pendedahan kerjasama Anwar, Zahid dan bekas perdana menteri, Najib Razak yang cuba menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Muhyiddin Yassin melalui pembelotan sejumlah ahli-ahli Parlimen Umno.

Tidak seperti mesyuarat PH, pendedahan itu menyebabkan mesyuarat ahli-ahli Parlimen BN dan Majlis Tertinggi Umno panas.

Minggu ini, Najib yang menjadi sasaran PH semasa kempen pilihan raya umum 2018 kerana skandal 1MDB, mengakui menggesa ahli-ahli Parlimen BN untuk menyokong cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Isu yang besar itu langsung tidak dibangkitkan,” kata seorang pembantu pemimpin yang menghadiri mesyuarat PH semalam.

Awal bulan ini MalaysiaNow mendedahkan Zahid menulis surat ke Istana Negara untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri dua hari sebelum Anwar mengadap Agong bagi membuktikan mempunyai sokongan majoriti ahli Parlimen, menyebabkan kemarahan pemimpin kanan Umno.

a ketika itu.

MalaysiaNow turut mendedahkan perincian pertemuan sulit di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara selepas perdana menteri diberikan salinan surat yang turut ditandatangani oleh Najib itu.

Tetapi selepas diasak kepimpinan Umno, Zahid membuat “pusingan U”, menarik kembali sokongannya terhadap Anwar, dan terpaksa mengeluarkan sekurang-kurangnya dua kenyataan, termasuk awal bagi tadi bagi mengikrarkan sokongan terhadap kerajaan PN yang mana Umno sebahagian daripadanya.

“Pusingan U” Zahid juga dilakukan ketika Agong memberikan amaran kepada ahli-ahli politik agar tidak mengganggu kestabilan kerajaan ketika perang melawan pandemik Covid-19 sedang berjalan.

Seorang pegawai kepada bekas menteri memberitahu MalaysiaNow boleh difahami mengapa kepimpinan PH “senyap” tentang kerjasama Anwar-Zahid-Najib kerana kebanyakan mereka merasakan terdapat masalah lebih besar.

“Bagaimana untuk berdepan dengan titah Diraja yang menggesa menyokong belanjawan akan datang,” katanya.

Arahan itu dikeluarkan Istana Negara kerana dibimbangi sebarang usaha menggagalkan belanjawan yang akan dibentangkan Jumaat depan akan menyebabkan kerajaan Muhyiddin tumbang dan pilihan raya umum musim pandemik tidak dapat dielakkan.

“Terdapat cadangan untuk mentafsir kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada Rabu mengikut kepentingan PH termasuk mendesak Muhyiddin berbincang dengan pembangkang semasa menyediakan belanjawan.

“Tuntutan ini tak masuk akal tetapi boleh digunakan sebagai alasan untuk tidak menyokong belanjawan walaupun sudah terdapat titah Agong.”

MalaysiaNow cuba untuk mendapatkan komen daripada pemimpin PH tetapi tidak berjaya.

 

 

No comments: