KELUHAN HATI..



 Kadang-kadang menyinggah juga di hati. Apa yang aku sibukkan sangat hal politik di Malaysia ini?


Terus terang, aku kelompok T20. Jadi segala skim bantuan kerajaan tak pernah sampai kepada aku. Tak pernah aku nikmati.


Cukai pendapatan aku cukup untuk beli kereta secara tunai. Tapi aku sendiri berhutang beli kereta.


Dan terbaharu, isu KWSP. Aku sibuk nak kerajaan beri keluar duit tu. Sedangkan aku tak perlu pun. Tapi yang B40, dok sibuk sokong kerajaan.


Aku menulis di fb ni bukan sebab politik sangat pun. Aku tak ada jawatan politik. Bahkan parti politik pun tak ada. Aku nonpartisan.


Aku sokong DS Anwar bukan sebab aku dijanjikan jawatan politik, macam sesetengah pembenci DS Anwar yang terlepas jawatan politik bila PH jatuh.


Aku tak ada kepentingan pun. Tapi kenapa aku sibuk nak tulis panjang lebar di fb? Untuk apa?


Untuk keturunan aku. Untuk anak cucu cicit aku. Untuk masa depan negara yang aku cintai.


Selalu aku beritahu anak aku, bila mereka masuk alam pekerjaan, bersedialah untuk hidup susah. Jangan bayang dapat hidup semewah sekarang ini.


Mereka akan mulakan hidup dengan gaji kecil. Mungkin bawah seribu. Paling tinggi mungkin tiga ribu. Macam aku pernah lalui masa dulu.


Bayangkan masa itu, harga rumah sampai berjuta. Barangan keperluan pun berganda. Belanja sekolah anak pun makan ribuan ringgit setiap bulan.


Bersedia untuk hidup susah. Mungkin tinggal rumah setinggan. Mungkin tak mampu beli kereta. Mungkin terpaksa ikat perut. Because once you finish your study, you'll be on your own.


Ayah takkan mua dan manjakan kamu dengan bantuan kewangan. Kamu terpaksa telan semua kepahitan. Kerana itu yang akan dewasakan kamu.


Tap satu yang ayah akan bantu. Ayah akan usahakan negara ini ditadbir secara baik. Ditadbir dengan ketelusan. Keadilan ditegakkan.


Dan itulah yang aku buat sekarang. Aku aktif di fb ini untuk mencipta kesedaran di kalangan rakyat.


Negara ini perlu ditadbir oleh orang yang jujur, yang ikhlas, yang punya idea, yang punya integriti.


Kerana jika itu tidak berlaku, anak-anak kita akan terkejung di negara sendiri. Mereka akan merempat. Mereka akan merana ditekan ekonomi.


Masa itu, aku sudah tua. Mungkin sudah mati. Aku sudah tidak terkait dengan dunia lagi. Tapi tidak untuk anak-anak aku. Anak-anak kita.


Mereka akan terima kesan dari kecuaian kita memilih pemimpin. Atau kedangkalan kita membiarkan yang tidak layak memimpin negara.


Maka sebab itu, kita kena mula dari sekarang. Selamatkan negara ini. Demi masa depan generasi kita...


LAWAN TETAP LAWAN

#DSAI4PM9

#MuhyiddinQut 


- R a j a G e l a p -



No comments: