ADAKAH KERAJAAN TIDAK BOLEH LAKUKAN PINDAAN DI PARLIMEN?



Rohayuddin Yaakub


 1. Perdana Menteri dah kenapa? Seolah ingin mencetus ketakutan awam, menimbul ketidak puas hati terhadap YDPA dan menyalahkan pihak lain?? 


2. Tidak bolehkah DUN atau parlimen meminda perlembagaan utk peruntukan sementara bagi menangguh PRN/PRK utk 3-6 bulan atau hingga Covid lebih terkawal??


3. Kalau tak boleh, adakan SOP baru pilihanraya sewaktu Covid dan KKM peneraju dalam membuat SOP. Semua golongan terpaksa ikuti norma baru pada waktu ini. Apa beza dan istimewanya org politik? Terutama dalam berkempen dsbnya??

Boleh saja gunakan media/TV untuk berkempen semasa pilihanraya, tiada himpunan dan kontak ramai. 


4. Bukankah sudah ada SOP semasa PRK Chini dan Slim?? Persoalan org politik patuhi atau tidak? Yg kita nampak jelas di PRN Sabah, mereka melanggar SOP tanpa dihukum oleh penguatkuasa!


5. Kalau dah tak mampu mentadbir dgn baik dan bertanggungjawab, letaklah jawatan dgn bermaruah.


6. Datangmu tidak dijemput, pergimu tidak  dihalang (malah dialu-alukan).