KENYATAAN MEDIA
Surat Palsu Taktik Kotor Musuh Politik
Saya difahamkan satu surat palsu telah dibuat dan disebar luas kononnya Setiausaha Agung KEADILAN mengarah anggota KEADILAN tidak keluar mengundi sempena PRK Tanjung Piai esok, 16 November 2019.
Surat ini jelas direkayasa musuh politik Pakatan Harapan yang mahu mencetus salah faham di kalangan anggota KEADILAN dan rakan-rakan Pakatan Harapan. Ia adalah tindakan kotor lagi terdesak puak-puak yang enggan berpolitik secara sihat.
KEADILAN mengulangi sokongan parti buat calon Pakatan Harapan, Hj Karmaine Sardini (Calon No 4) dan menggesa semua anggota KEADILAN untuk mengundi dan membantu memenangkan calon Pakatan Harapan.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
15 November 2019