WOOOIII MAMAT FAIZAL ...INI BUKAN DAP PUNYA HAL...INI PEMBANTU EXCO MANA NIH ????

 Panas! ADUN dedah syarikat milik pegawai khas EXCO Perak ceroboh tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa


Panas! ADUN dedah syarikat milik pegawai khas EXCO Perak ceroboh tanah tanpa kebenaran pihak berkuasa.



Titi Serong N08

Syarikat Milik Pegawai Khas Kepada Exco Telah Menceroboh Tanah Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa.

Syarikat Makmur Cemerlang Sdn Bhd telah menceroboh masuk tanah seluas 47 ekar untuk melaksanakan kerja-kerja mencuci tanah tanpa mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan dan juga pemilik tanah iaitu kerajaan negeri.

Hasil tinjauan bersama Jabatan Alam Sekitar dan juga SADC, syarikat milik Pegawai Khas kepada Adun Bertaraf Exco telah menolak dan mencuci pokok sehingga hampir 1km di Kuala Bagan Tiang. Semakan Pejabat Dun Titi Serong juga mendapati pihak syarikat tidak pernah menghantar permohonan kepada mana-mana agensi untuk memulakan kerja awalan. Ini jelas menunjukan berlaku perlanggaran peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa tempatan dan dalam masa yang sama telah berlakunya kerosakan alam sekitar serta hidupan laut seperti ketam nipah dan juga siput.

Saya berharap tindakan tegas diambil kepada syarikat tersebut supaya menjadi pengajaran kepada yang lain demi menjaga kepentingan awam dan alam.

#NegaraRahmah
#khidmatKpdRakyat

Hasnul Zulkarnain bin Abd Munaim
Adun Titi Serong

Sumber: https://www.facebook.com/100000996800229/posts/4231932126849972/?d=n

No comments: