BOB KELANANG
HarakahDaily dilihat semakin mengarut. Artikel yang ditulis
didalamnya yang dilihat menyokong PAS dan menghentam Pakatan Harapan pun
sebenarnya menceritakan tentang peribadi PAS itu sendiri.
Menceritakan gelodak dan nafsu PAS pimpinan Abdul Hadi Awang itu
sendiri. Adoilah. Apa nak jadilah dengan PAS.
Sekadar nak beritahu... memanglah tujuan semua parti pembangkang
adalah untuk mengambil alih kerajaan dan menerajui kepimpinan selaku Perdana
Menteri. Apa kejadahnya kalau masuk politik tapi tidak bertujuan begitu. Malah
PAS sendiri pun bercita-cita nak memerintah negara. Dan Abdul Hadi Awang
sendiri pun nak jadi Perdana Menteri.
Pelik kalau semua asas demokrasi berpolitik di Malaysia dianggap
satu kesalahan... hanya kerana tidak bersekongkol dengan PAS.