Di saat negara kita kini masih berhadapan dengan kemelut politik
dan pandemik Covid19 yang tidak berkesudahan, bayangan sosok tubuh yang sering
bermain di mata kebanyakan rakyat Malaysia perbagai kaum dan agama adalah insan
bernama Anwar Ibrahim.
Tidak ada seorang pun orang politik di negara ini tidak boleh
menerima Anwar Ibrahim sekiranya beliau diangkat menjadi PM Malaysia, kecuali
mereka yang gentar kepada ketegasannya memerangi rasuah. Prinsipnya menentang
rasuah menjadikan jalan untuk mengangkat beliau ke kerusi PM itu amat sukar
kerana rasuah di negara ini sudah menjadi amalan ramai pemimpin politik bahkan
berjangkit kepada para kayangan.
Nama Anwar Ibrahim sudah lama disebut di dunia luar terutamanya
di kalangan pemimpin dunia Islam. Tiada seorang pun tokoh ilmuan Islam dunia
yang tidak mengenali anak Cheruk To Kun, P.Pinang ini. Tidak seorang pun tokoh
ekonomi dan kewangan dunia yang tidak mengenali Anwar Ibrahim, nama yang pernah
diiktiraf sebagai Menteri Kewangan
Terbaik
Asia/Dunia.
Tidak menghairankan memang sukar untuk meletakkan beliau ke
posisi yang layak baginya sebagai PM, sejajar dengan mandat rakyat di negara
ini pada PRU14 yang lalu sehinggakan musuh-musuh politik beliau sanggup
merencanakan satu pengkhianatan di saat beliau semakin hampir menjadi PM negara
ini. Kerajaan PH yang menjanjikan reform kepada negara ini di bawah kepimpinan
Anwar Ibrahim dikhianati oleh seorang diktator musuh reformasi bernama Mahathir
Mohamad apabila beliau sengaja meletakkan jawatan sebagai PM di bawah kerajaan
PH setelah 22 bulan berkuasa demi untuk menafikan hak Anwar Ibrahim
menggantikannya seperti yang dijanjikan PH kepada rakyat.
Selagi masih ramai yang cintakan rasuah dan ketidakadilan,
selagi itu laluan untuk Anwar Ibrahim itu terus berliku. Hak beliau terus
dinafikan. Namun, percayalah, semakin kuat dugaan, fitnah dan halangan terhadap
beliau, itu satu pertanda cahaya reformasi bakal muncul menyinari bumi Malaysia
ini.
"Wamakaru wamakarallah, Wallahi khairul makirin".
WFAUZDIN NS
Ketua Gerak N.Pahang