DR SYRD AZMAN BAKAL TINGGALKAN PAS?


Syed Azman ,  bekas Pengerusi Lajnah Antarabangsa dan AJK Kerja PAS Pusat mengakui konsisten dengan PH dan tidak akan mengubah keputusan untuk meninggalkan PAS.

"Tiada apa yang saya nak sorokkan, saya konsisten dengan perkara itu," katanya.

Image may contain: 1 person
Untuk rekod Syed Azman merupakan antara pemimpin PAS yang berpengaruh di Terengganu selain pernah menyandang jawatan AJK Kerja PAS Pusat hampir 20 tahun.

Beliau juga merupakan antara pemimpin yang lantang bersuara dan kedudukannya sebagai ahli PAS mula dipersoalkan apabila sering dilihat menyertai program anjuran PH.

Dalam penyertaan pilihan raya umum, Syed Azman pernah merasai pengalaman menang dan tewas namun pada PRU13 memenangi kerusi DUN Batu Burok selepas menewaskan calon BN Datuk Che Mat Jusoh dengan majoriti sebanyak 2,273 undi.

DUN Batu Burok merupakan kubu kuat PAS selama enam penggal berturut-turut sejak PRU 1990 hingga PRU13.
Ditanya mengenai kedudukannya sebagai wakil rakyat PAS, Syed Azman bagaimanapun menjawab beliau akan menentukan hala tuju barunya dan mengisytiharkan menjelang PRU14 yang dijangka diadakan pada awal tahun depan.

"Aspirasi saya bersama-sama dengan Pakatan Harapan, saya konsisten dengan janji kita sampai masanya bila tiba pilihan raya parti politik pun kita perlu menentukan sikap bagi menghadapi pilihan raya.

"Tapi penentuan politik bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang saya bersama-sama dengan aspirasi di dalam Pakatan Harapan dan saya akan memberikan sepenuh tenaga saya untuk menentukan Pakatan Harapan dapat menumbangkan Umno-BN," katanya.

No comments: