TIMBALAN MENTERI KOMUNIKASI DIPERLEKEHKAN DENGAN KENYATAANNYA

Image may contain: 1 person, text that says "astro AWANI Malaysia "Sejujurnya saya sangat sedih dan kecewa"- Veveonah"
ZAHARIN MOHD YASIN

Apa jawapan dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara jangan sampai menipu. Apa sudah jadi Timbalan Menteri Komunikasi dan Multi Media?

“Veveonah merupakan seorang YouTuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah, dia hanya YouTuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.
Semak dengan siapa?
Agaknya Timbalan Menteri lepas minum air ketum kot. Memalukan UMNO aja.

Image may contain: 1 person, text that says "Mengakui bahawa capaian internet di Malaysia perlu diperbaiki "Veveonah tidak ada peperiksaan tapi hanya untuk ambil nama. Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu." imgflip.com"
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Veveonah seorang anak muda yang mengagumkan. Beliau memiliki semangat yang kental dan berjaya membawa perubahan kepada komuniti melalui minat beliau.

Harap episod ini, di mana Veveonah difitnah, diperlekahkan dan disifatkan sebagai "hanya mencari nama" oleh seorang Timbalan MenteriPN tidak memudarkan semangat beliau.
Kami semua berdiri teguh di belakang Veveonah. Akses internet adalah hak asasi manusia.