Rizab kewangan N Sembilan mencanak naik di bawah PH
Dalam tempoh 26 bulan selepas Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan, rizab simpanan kerajaan negeri telah meningkat 54% daripada RM687.7 juta kepada RM1.06 billion!
Ini merupakan satu pencapaian PH yang sangat dibanggakan hasil daripada pengurusan kewangan yang baik dan perbelanjaan kewangan yang berhemah. Pendekatan PH untuk memastikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti mula membuahkan hasil.
Bukan sahaja hasil kerajaan negeri dapat dipertingkatkan tetapi perbelanjaan juga dikawal dengan ketat supaya nilai setiap ringgit yang dibelanjakan dioptimakan sepenuhnya.
Dengan rizab ini, Kerajaan PH Negeri Sembilan mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif untuk membantu rakyat NS pada tahun hadapan untuk memerangi wabak Covid 19