KEJAYAAN IBU DORONGAN BUAT YANG LAIN.

 


Alhamdulillah… satu lagi perjalanan sampai ke penghujungnya. 🤍🎓






Semalam saya sempat menghantar thesis setelah selesai melalui sesi Viva Voce untuk Master Project saya.


Perjalanan ini bukan sekadar tentang menyiapkan thesis atau mengejar sebuah kelayakan. Di sepanjang jalan, ada kesibukan kerja, tanggungjawab, keletihan, kehilangan dan hari-hari di mana hati terasa terlalu berat untuk meneruskan semuanya.


Ada ketika saya terpaksa berhenti seketika. Ada ketika saya tertanya-tanya sama ada saya masih mampu menghabiskannya. Tetapi akhirnya saya belajar, kita tidak perlu sentiasa kuat untuk terus berjalan. Kadang-kadang, cukup sekadar jangan menyerah.


Dan dalam perjalanan ini, saya sangat bersyukur kerana tidak berjalan sendirian. Suami dan keluarga adalah antara penguat terbesar saya yang sentiasa memahami, memberi ruang, mendoakan dan menjadi tempat saya bersandar ketika semangat mula goyah.


Terima kasih kerana terus percaya kepada saya, terutama pada saat saya sendiri hampir hilang keyakinan pada diri.


Alhamdulillah Ya Allah, atas segala kekuatan, kesempatan dan insan-insan baik yang Engkau hadirkan sepanjang perjalanan ini.


“Be proud of how far you’ve come. Some chapters were never easy, but you kept going surrounded by those who never stopped believing in you.”


Satu fasa telah selesai. Bukan kerana perjalanannya mudah, tetapi kerana saya memilih untuk terus melangkah dengan doa, kasih sayang dan sokongan orang-orang yang saya sayangi.


Perlahan-lahan, satu demi satu. Insya-Allah, perjalanan ini masih panjang. 🤍🎓


~Rozy Razit~ 🤍🌹






No comments: