
Ucapan tahniah kepada Pearly Tan-M Thinaah meraih pingat gangsa Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 29 September 2026. Foto AFP
KUALA LUMPUR, 29 Sep – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada jaguh negara, Pearly Tan dan M. Thinaah atas kejayaan meraih pingat gangsa dalam acara beregu wanita badminton di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 hari ini.
Ucapan tersebut dizahirkan Perdana Menteri menerusi hantaran terbaharu di media sosial yang sekali gus, katanya, menamatkan penantian panjang 12 tahun Malaysia untuk kembali meraih pingat dalam acara berkenaan.
“Syabas atas semangat perjuangan yang ditampilkan. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin buat Pearly, Thinaah dan atlet-atlet lain untuk terus mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. π²πΎπ₯,” ujarnya.

Kali terakhir Malaysia menggapai pingat dalam acara itu ialah menerusi gandingan Vivian Hoo dan Woon Khe Wei ketika temasya Sukan Asia 2014 Incheon, Korea Selatan, juga dengan pencapaian pingat gangsa.
Terdahulu, pingat diraih M Thinaah bersama Pearly Tan hadir dengan makna jauh lebih besar buat mereka berdua apabila Thinaah mendedikasikannya kepada mendiang nenek dan arnab kesayangannya yang meninggal dunia dalam tempoh kurang sebulan lalu.
Ujian getir buat Thinaah dilalui dalam tempoh sebulan lalu adalah antara fasa paling sukar dalam hidupnya apabila kehilangan insan yang dekat di hatinya ketika beliau masih perlu meneruskan komitmen sebagai atlet negara.

Neneknya meninggal dunia pada 21 Ogos lalu, hanya dua hari selepas Kejohanan Dunia 2026 bermula di New Delhi, menyebabkan Thinaah terbang pulang untuk memberikan penghormatan terakhir sebelum kembali meneruskan perjuangan di gelanggang.
No comments:
Post a Comment