Bagi saya, terlalu simplistik nak merumuskan idea ini sebagai "PMX sedang pancing undi PRU" kerana ianya tidak semudah itu & besar kemungkinan backfired pada PMX.
Ini kerana 40% ekonomi negara dijana oleh PKS.
Apabila gaji minima meningkat, kos perniagaan meningkat.
Apabila kos perniagaan meningkat, PKS cuma akan buat salah satu daripada dua perkara di bawah bagi tujuan survival.
1. Kurangkan pekerja
2. Naikkan harga
Akhirnya, pusing balik kena pada rakyat. Sama ada rakyat kehilangan kerja, atau kos barangan menjadi lebih mahal.
Keadaan caca merba -> Rakyat tidak puas hati -> Undi hilang
Ini hakikat on the ground.
Jadi PMX bukannya nak raih undi apabila melontar idea menaikkan lagi gaji minima.
So why PMX nak menaikkan lagi gaji minima walhal ianya berkemungkinan besar backfired?
———————-
MODEL EKONOMI LAMA
Ramai tidak tahu, Malaysia sebenarnya terperangkap dalam model ekonomi lama, iaitu ekonomi kos rendah dan tenaga buruh murah.
Meskipun macam-macam kilang antarabangsa terpacak di Bayan Lepas, Kulim, Shah Alam dan sebagainya, hakikatnya, Malaysia sedang buat backend cheap labour work.
Mudah kata, kerja-kerja kuli yang enggan dibuat oleh negara-negara lebih maju.
Syarikat antarabangsa buka HQ di Singapura, jawatan-jawatan bergaji tinggi diwujudkan di Singapura. Support system yang memerlukan tenaga kerja murah bagaimana? Campak kat Malaysia lah.
Apabila kilang microchip dipacak di Bayan Lepas, kebanyakan kerja-kerja dalam kilang itu tidak melibatkan kerja-kerja gaji tinggi. Kita cuma buat kerja-kerja pemasangan cip.
Apabila kilang kenderaan dibuka di Kulim, kebanyakan kerja-kerja dalam kilang itu pun tidak melibatkan gaji tinggi. Kita cuma buat kerja-kerja pemasangan bonet & cat badan kenderaan.
Lebih kurang macam itulah analoginya.
Orang makan paha ayam, kita makan saki baki ayam yang ditinggalkan.
In the end, keterlajakan kita dalam ekonomi kos rendah dan tenaga buruh murah telah mengakibatkan kita terlalu bergantung pada tenaga kerja asing yang murah.
Kerja-kerja pasang chip, pasang bonet, cat pintu kereta, bawa je lah tenaga kerja asing yang meminta gaji lebih rendah.
Hasilnya? Lambakan warga asing. Manfaat pembukaan kilang tidak dirasai oleh rakyat Malaysia.
MODEL EKONOMI BAHARU
Bagi saya, PMX sedang membuat pertaruhan agar ekonomi negara dilonjakkan ke era kecerdasan buatan (AI) dan automasi.
Logik PMX ialah, apabila gaji minima dinaikkan, PKS akan dipaksa melakukan lebih banyak pelaburan ke dalam kecerdasan buatan (AI) dan automasi bagi mengurangkan kebergantungan pada pekerja.
Tenaga buruh kene gaji bayar setiap bulan. Kos berulang.
Sebaliknya, mesin memerlukan one-off cost. Bayar sekali, pakai 10 kali.
Maka secara semula jadinya, PKS akan mengguna AI dan automasi untuk mengganti tenaga buruh.
Jadinya lebih ramai akan kehilangan kerja?
Ya dan tidak.
Pekerjaan-pekerjaan yang melibatkan tenaga buruh akan susut dan hilang kerana diganti oleh AI dan automasi.
Akan tetapi...... pekerjaan-pekerjaan baharu akan dicipta.
Kecerdasan buatan (AI) dan automasi cuma mengurangkan tenaga buruh, tetapi ianya juga memerlukan manusia bijak membuat operasi.
Di sinilah timbulnya pekerjaan-pekerjaan baharu.
Saya lihat ini sebagai pertaruhan PMX kerana ianya susulan kepada Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) & peruntukan-peruntukan spesifik untuk infrastruktur awan nasional di bawah Belanjawan 2026 yang lalu.
Selain itu, walaupun terdapat pergeseran dengan TPM Zahid, tetapi program-program di bawah MARA sedang membuka lembaran baharu dalam sektor AI. Di antaranya kerjasama MARA dengan Google Malaysia & Dagang NeXchange Berhad.
Dengan Abang Mat & Kementerian Pertanian pun sama. Sejak kebelakangan ini, NAFAS telah giat meneroka teknologi dron untuk peladang.
Apa yang beza? Ini contoh mudah & nyata.
Kerja lama yang bakal hilang... Kerja manusia angkat tong racun, berjalan seluruh ladang sembur racun.
Kerja baharu yang bakal dicipta... Kerja memandu dron bagi menyembur racun.
Simple.
JANGAN KETINGGALAN BAS
Seminggu dua yang lalu, Moody's Analytics menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu ekonomi utama yang diunjur mencatat pertumbuhan KDNK lebih pantas berbanding China.
Saya ulang. Lebih pantas berbanding China.
Ye. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya Malaysia berjaya mengintegrasikan diri dalam rantaian bekalan AI dan semikonduktor di peringkat global.
Mudah kata, rantaian bekalan AI dan semikonduktor ini ibarat sebuah bas.
Bas ini telah masuk gear tiga & bergerak ke hadapan.
Sekiranya Malaysia gagal menaiki bas ini, kita akan kekal di mana kita berada.
Ketinggalan bas namanya.
Sebaliknya, jika Malaysia berjaya menaiki bas AI dan semikonduktor ini, maka kita akan dibawa maju ke hadapan dengan lebih pantas & anjakan ekonomi bakal berlaku.
No comments:
Post a Comment