Arif Kadir Al Katami
Jangan cemburu Shiro dapat jadi pensyarah UKM kerana itulah cara UMNO menghargai & menjaga penyokong mereka. Tak layak bagi kita, bagi mereka itulah orang yang paling layak & sesuai. Mereka ada kuasa, mereka bagi orang mereka. Apa masalah?
Bukan macam kita. Yang layak & selama ini setia pun menteri PH buat macam sampah. Ini terbukti apabila PMX sendiri terpaksa memujuk otai-otai PH agar kembali bersama dalam saf kerana ramai yang sudah tarik handbrake & masuk gear P.
Realitinya itulah sikap menteri PH terhadap penyokong tegar PH sekarang. Mereka biarkan kontrak tamat. Mereka biarkan yang tak wujud pun sebelum PRU14 menganiayai penyokong PH. Keluarkan dari wassap group. Banned dari sebarang program. Ternak ular baru bersalin kulit.
Ketika penyokong tegar PH mintak henfon untuk bantu kerajaan di media sosial, baik bagi kat walaunkurap. Bagi penyokong PH tak ada mata melihat. Tak ada cheap politicmmal mileage. Biar pun walaun tu nanti patuk kerajaan balik. Patuk PMX. Sindir giat PMX. Tak per. Kerana itulah cara kita hargai penyokong tegar PH.
Sekali lagi, janganlah ada walau sekelumit pun rasa cemburu apabila Shiro dapat jadi pensyarah UKM. Berapa sangatlah elaunnya tu jika dibandingkan dengan apa yang menteri PH bagi kepada mereka yang disukainya. Jika kalian tahu, pasti kalian akan lagi terluka. Bertabahlah.

No comments:
Post a Comment