Rakyat bagi kredit kepada kerajaan PH, usaha tangani isu Rohingya mula nampak hasil


Tarmizi Mohd Jam






Penghantaran pulang kumpulan pertama 1,476 warga Myanmar ke negara asal mencetuskan pelbagai reaksi rakyat yang melihatnya sebagai langkah yang akhirnya menyelesaikan isu yang sudah lama berlarutan.


Sejak gambar dan video penghantaran mereka dari Manjung ke Lumut tersebar di media sosial, sebahagian pengguna tampil memberikan kredit kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana akhirnya melaksanakan penghantaran pulang selepas isu warga Myanmar sekian lama menjadi perdebatan. 


Mereka memuji hasil diplomasi kerajaan Pakatan Harapan, selain mengingatkan bahawa kerajaan hari ini lah yang telah mengambil alih pelbagai isu yang wujud sebelum ini.


“Diplomasi Kerajaan Madani membuahkan hasil,” kata Afizah.


“1,476 dihantar pulang hari ini. Dulu sibuk bawa masuk, sekarang kerajaan yang ada kena kemas dan selesaikan. Begitulah bila kerja diwariskan. Bukan bermula dari kosong,” kata Aziezah.


Kemunculan reaksi sebegitu menunjukkan sebahagian rakyat melihat isu berkenaan daripada sudut yang lebih luas iatu bukan semata-mata siapa yang dihantar pulang hari ini, tetapi siapa yang akhirnya mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah yang sudah lama berada dalam sistem.


Seorang lagi pengguna media sosial menyifatkan penghantaran pulang 1,476 warga Myanmar itu sebagai bukti bahawa kerajaan kini melaksanakan perkara yang sebelum ini menjadi isu berpanjangan.


“Yang buat hal kerajaan BN, yang kena bersihkan Kerajaan Madani.”


“Sah! Lebih 1000 warga Myanmar balik ke negara asal dan secara berperingkat lagi.”


“Yang cakap janji manis tu, ini bukti nyata.”


Dalam konteks itu, penghantaran pulang fasa pertama ini menjadi perkembangan yang boleh dilihat sebagai pelaksanaan konkrit pendekatan kerajaan PH terhadap isu warga Myanmar, selepas kerajaan sebelum ini mengumumkan persetujuan untuk menghantar pulang 5,000 warga Myanmar secara berperingkat.


- Harapan Daily





No comments: