BEKAS CEO FELDA TAK NGAKU SALAH.






 Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corp (FIC), Mohd Zaid Abdul Jalil, didakwa atas dua pertuduhan menipu lembaga pengarah syarikat itu berkaitan pembangunan komersial di Jalan Semarak, Kuala Lumpur. 


Beliau mengaku tidak bersalah. 


Menurut pertuduhan, beliau didakwa memberitahu lembaga bahawa Synergy Promenade layak dilantik sebagai pemaju induk, sedangkan syarikat itu hanya layak menjadi perancang induk. 


Beliau juga didakwa memberi gambaran nilai pasaran 24 lot tanah Felda ialah RM330.96 juta, walaupun penilaian perunding yang disebut dalam kes itu ialah RM691.7 juta. 


Selain itu, beliau didakwa menyatakan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta menilai tanah tersebut pada RM180 juta, sedangkan jabatan itu dikatakan tidak pernah membuat penilaian berkenaan. 


Pendakwaan berkata maklumat itu mendorong lembaga menerima tawaran dengan pulangan minimum dijamin RM500 juta atau 10% daripada nilai pembangunan kasar, mana-mana yang lebih tinggi. 


Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.





No comments: