
Bekas Pengarah Besar FELDA ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk proses reman pada 7 September 2026. Foto Faisol Mustafa
KUALA LUMPUR, 29 Sep – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin bagi mendakwa bekas Pengarah Besar, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang sebelum ini disiasat berhubung penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) di Mahkamah Sesyen di sini esok.
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, individu itu dijadual didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 14 di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi esok.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata individu itu akan berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan baru-baru ini.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak lebih 10 tahun, serta sebatan serta denda sekiranya disabitkan kesalahan.
Pendakwaan ini menyusul selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FELDA Investment Corporation (FIC) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini juga berkaitan skandal KLVC atas dua dua pertuduhan memperdaya Lembaga Pengarah FIC berhubung pelantikan syarikat untuk projek dan harga pasaran 24 lot tanah, 12 tahun lalu.
Siasatan berkaitan KLVC merupakan sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FIC merangkumi enam kertas siasatan baharu serta satu kes lama.

Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
No comments:
Post a Comment