PMX MENERIMA KUNJUNGAN DELEGASI. SPACE X.

 









Petang tadi menerima kunjungan hormat daripada delegasi SpaceX di Putrajaya. Perbincangan kami tertumpu kepada usaha memperkukuh kerjasama melalui Starlink, perkhidmatan internet satelit kendalian SpaceX, bagi meluaskan capaian internet, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman.


Saya menghargai peranan Starlink dalam menyokong usaha Kerajaan meluaskan liputan dan meningkatkan mutu capaian internet menerusi JENDELA, termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak serta penempatan Orang Asli di Semenanjung.


Saya turut menyambut baik pengoperasian infrastruktur Point of Presence (PoP) Starlink di Cyberjaya bagi melancarkan trafik data tempatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pengguna.


Alhamdulillah dalam pertemuan ini, SpaceX telah menyumbangkan 50 unit kit Starlink untuk menyokong kesiapsiagaan bencana negara.


Kemajuan teknologi mesti membawa manfaat yang nyata kepada rakyat. Seiring peluasan capaian internet, keselamatan siber, perlindungan data serta penggunaan internet yang selamat mesti terus diberi keutamaan. 


Kita mahu memastikan masyarakat di pedalaman turut menikmati capaian internet yang berkualiti dan selamat agar mereka tidak tercicir daripada arus kemajuan negara.


#MalaysiaMADANI 

#YakinMADANI






No comments: