Kawal Pengambilan Gula, Budayakan Gaya Hidup Sihat – PM Anwar

 


IMG_2146

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SEPANG, 28 Nov – “Kita mahu seluruh rakyat terbabit dalam kegiatan olahraga dan sukan. Barulah negara ini sihat.

“Jika kita sebut negara MADANI ini apa… maknanya kita sedar bahawa pembangunan dan ekonomi penting tapi jika rakyatnya tidak sihat, lemah, lembik, malas, nak bergerak pun susah, berat yang berlebih-lebih, bagaimanakah? Kegiatan sukan itu harus dimulakan.”

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Itu antara pesanan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menggesa rakyat mengawal pengambilan gula, selain meminta anak-anak supaya lebih peka dengan kesihatan ibu bapa mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau bimbang kadar obesiti dan penyakit kencing manis di kalangan rakyat terus meningkat malah antara yang tertinggi di Asia, menyebabkan kos rawatan kesihatan meningkat.

Selain mengawal pengambilan bahan berkenaan, membudayakan sukan dalam kehidupan seharian dan menjaga pemakanan penting bagi melahirkan rakyat serta negara yang sihat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini kerana, di saat Kerajaan MADANI tetap memberi tumpuan kepada pembangunan dan ekonomi, namun kesihatan rakyat juga menjadi keutamaan, yang akan memberi sumbangan kepada kemajuan negara.

Yang turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Shamsul Azri Abu Bakar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 28 November 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Untuk rekod, Malaysia merupakan antara negara mencatatkan bilangan pesakit kencing manis paling tinggi di Asia sekitar 4.75 juta orang pada 2024.

No comments: