Oh. Berdwnyutnya.
LTAT Jual Tanah Milik Negara Kepada Hong Kong? Penasihat PMX Terlibat?
LTAT dilaporkan mahu menjual 75% pegangan sahamnya dalam Boustead Plantations demi meraih keuntungan jangka pendek seperti membayar hutang dan sebagainya.
Tiga pembida telah menyatakan minat dan mengemukakan harga—SD Guthrie, Tradewinds Plantations, dan Achi Jaya Plantations.
Achi Jaya pada mulanya menawarkan harga rendah berbanding SD dan Tradewinds, namun akhirnya menaikkan tawaran kepada RM2.20 sesaham apabila mengetahu harga yang ditawarkan oleh pembida lain. Menurut sumber dalaman, SD Guthrie dan Tradewinds mempunyai kemampuan untuk menawarkan harga lebih tinggi berbanding RM2.20 oleh Achi Jaya. Namun tawaran dikhabarkan ditolak kerana LTAT bermatian mahukan Achi Jaya.
Di sinilah bermula segala masalah: siapa sebenarnya pemilik di sebalik syarikat Achi Jaya? Rekod menunjukkan Tan Sri Onn Mahmud (adik kepada Taib Mahmud) memegang hampir semua hak mengundi dalam Achi Jaya Plantations (AJP) pada hari ini, tetapi beliau dan syarikat pegangannya hanya memiliki 26.2% modal syarikat, manakala baki 73.8% modal dipegang oleh dua syarikat Hong Kong iaitu Herolite Investment Ltd dan Grand Shine Trading Ltd.
Pada zahirnya nampak seperti tiada apa yang perlu dirisaukan kerana voting power kelihatan berada pada Tan Sri Onn Mahmud sepenuhnya. Namun hakikatnya, pada Ogos 2026 Achi Jaya Plantations telah meluluskan perlembagaan baharu yang membolehkan pemegang saham keutamaan Hong Kong menukar saham mereka kepada saham biasa pada nisbah 1:1 melalui notis sahaja tanpa undian pemegang saham, dan secara automatik pihak Hong Kong mendapat voting power.
Nak tahu apa yang lebih mengejutkan? Hak penukaran itu hanya boleh dibatalkan dengan persetujuan 75% pemegang saham keutamaan—dalam erti kata lain, hanya pihak Hong Kong sendiri yang boleh membatalkannya.
Jika ini berlaku, syarikat milik Hong Kong akan menguasai lebih 70% Achi Jaya Plantations termasuk asetnya, Boustead Plantations!
Aset yang mahu dilepaskan ini bukan calang-calang—ia melibatkan kira-kira 97,500 hektar tanah ladang, 44 ladang, dan 10 kilang merentasi tiga wilayah termasuk Sabah dan Sarawak.
Achi Jaya Plantations sebenarnya tidak mempunyai kemampuan untuk mengambil alih Boustead Plantations kerana syarikat ini tidak mempunyai sebarang ladang di Sabah atau Sarawak, hanya ada satu pasukan ladang dan satu kilang, serta bakal mengambil alih operasi yang lebih lapan kali ganda saiz tanahnya sendiri—sedangkan pembida lain jauh lebih besar, dengan SD Guthrie memiliki bank tanah melebihi 700,000 hektar manakala Tradewinds sekitar 156,000 hektar.
Achi Jaya Plantations juga tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membeli aset bernilai RM4.3 bilion. Nilai urus niaga yang dilaporkan itu bersamaan kira-kira 8.5 kali hasil tahunan kumpulan dan 63 kali keuntungan tahunan, sedangkan tunai bebas selepas membayar hutang hanya RM8.5 juta setahun serta semua aset utama kumpulan telah dicagarkan kepada RHB Islamic, Hong Leong Islamic, dan CIMB Islamic.
Jadi siapa yang akan membiayai takeover ini? Bagaimana syarikat yang jauh lebih kecil mahu menelan syarikat yang besar apabila dari segi kewangan sudah tidak logik tetapi masih mahu diteruskan, melainkan kerana terlalu banyak jerung yang bermain di sebalik tabir?
Siapa lagi kalau bukan Datuk Fuad Md Ali—individu sama yang dikaitkan mahu mengambil alih IJM dan menyerahkannya kepada Sunway—dengan modus operandi yang sama untuk mengaut keuntungan sendiri?
Datuk Fuad Ali telah memilih Dato' Kamil Khalid Ariff untuk dilantik sebagai pengarah Achi Jaya Plantations bermula pada 18 Ogos 2026, seminggu selepas perlembagaan baharu diterima pakai, dan seminggu selepas LTAT memilih Achi Jaya. Dato’ Kamil Khalid merupakan kawan baik Datuk Fuad Md Ali kerana kedua-duanya bersekolah di Penang Free School.
Datuk Fuad Ali telah meletakkan kroni-kroni Penang Free School beliau di merata tempat di dalam sistem GLC negara. Antaranya Datuk Abu Huraira Abu Yazid yang sekarang adalah pengerusi FGV Berhad. Sebagai anggota lembaga penasihat Perdana Menteri (PMAC) beliau ada kuasa besar untuk menentukan urusniaga yang akan menguntungkan beliau. Sebelum ini syarikat beliau FPSO Ventures terlibat dalam urusniaga pembelian saham Yinson Bhd oleh EPF dan Petronas dimana ia akan menkayakan pemilik Yinson dan FPSO dimasa terdekat.
Berbalik kepada urusniaga Boustead dan Achi Jaya ini, sumber terdekat mengatakan satu pertemuan sedang berlaku antara PMX, Onn Mahmud, dan Kamil Khalid di Ritz Carlton Langkawi hari ini (Ahad 22 November). Apakah nasib tabung pesara tentera kita nanti apabila tanah 97,500 hektar jatuh ke tangan pihak asing? Di mana LTAT akan mendapat dividen besar di tahun tahun akan datang?
Kerajaan harus menghentikan sebarang perjanjian kerana ini akan merugikan negara dan menggadaikan aset negara kepada orang luar. Masih belum terlambat kerana kenyataan LTAT pada 18 November 2026 tidak menamakan pembeli dan menyatakan tiada perjanjian muktamad ditandatangani—maka masih ada ruang untuk berhenti dan menyemak semula.

No comments:
Post a Comment