KAMI BERSATU:TAMPARAN BUAT BN

Perhimpunan semalam bukan sahaja berjaya menjelaskan tentang kesepakatan dalam Pakatan Rakyat , akan tetapi medan bagi menjelaskan polisi kerajaan Bn yang meniru Pakatan Rakyat , namun masih gagal untuk membenteras rasuah dalam negara.Menurut Hj Hadi lagi,


"Perhimpunan ini juga menjadi bukti perpaduan dalam Pakatan Rakyat masih kuat dan saya mengucapkan terima kasih kerana kehadiran saudara dan saudari pada malam ini ke dalam satu majlis perhimpunan ini untuk menunjukkan betapa Pakatan Rakyat dapat melakukan satu pembaharuan...perkara ini tiada dalam BN.

"Umno dan BN bergelut dengan pelbagai krisis lebih dari 20 tahun, tidak boleh selesai, termasuk krisis yang berlaku dalam parti kompenannya," katanya dalam ucapan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 Pakatan Rakyat semalam.



Turut hadir semua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.Lim Kit Siang, Hj Hadi,DSAI, dan pimpinan yang lain.