SMS BERTIUP KENCANG KONONNYA KERAJAAN AKAN HAPUSKAN PPSMI....ADAKAH BENAR???

SMS semalam bertiup kencang kononnya pihak Kerajaan akan menghentikan PPSMI.Kita menyambut baik kerana kepentingan bahasa Melayu dan juga kepentingan anak bangsa kita sendiri terutama di kampung-kampung. Kerajaan mungkin punya alternatif lain untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.Mungkin dengan menambah waktu bahasa Inggeris dan menambah juga guru-guru Bahasa Inggeris sebagaimana guru-guru Agama Islam dan J-Qaf di sekolah-sekolah. Sudah tentu banyak bijak pandai mahu ianya di realisasikan....

Mungkin minggu ini Tan Sri Muhyiddin akan mengemukakan cadangan penambahbaikkan setelah menghapuskan PPSMI.Kepentingan murid-murid lebih penting...dan mungkin guru-guru yang sebilangan kecil akan kehilangan elauns PPSMI, namun rakyat terbanyak harus juga diambil kira kerana ianya tidak membuahkan hasil berdasartkan kajian yang dijalankan.....