Onn Hafiz Jangan Politikkan BAP.




 BKJ - BAP

PMX minta ibu bapa jumpa guru.. bukan jumpa Ketua Cabang KEADILAN.. Contohhh 😌








Mohd Zailee



Waktu aku kecik-kecik dulu, duit bantuan ni biasanya disalurkan melalui penghulu kampung. Zaman aku kecik dulu zaman UMNO memerintah. Nak ambik bantuan tu akan ada majlis.
Di tempat majlis yang biasanya dibuat di balai raya atau dewan serbaguna, akan ada banner dan poster besar-besar muka YB yang akan beri bantuan. Ada juga terselit bendera Barisan Nasional.
Di hari majlis menghulurkan bantuan, penerima bantuan akan beratur panjang ramai-ramai. Akan ada sepatah dua kata dari YB yang datang nak bagi bantuan tu. Diselit juga kata-kata minta undi sebagai balasan berterima kasih kepada mereka.
Macam mana aku tahu? Sebab aku pun penerima bantuan duit dari kerajaan. Mak aku ibu tunggal dan layak menerima. Selalu sangat hadir ke majlis begini.
Di Kelantan pada masa itu, apa-apa peruntukan daripada kerajaan tak kiralah bantuan atau pembangunan dari kerajaan pusat mestilah melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Di bawah JPP ni la UMNO dapat lantik jawatan penghulu mereka sendiri di kawasan kampung.
Sebab tu kalau nak bantuan dari kerajaan pusat waktu itu, kena ambik cop dari penghulu UMNO. Aku yang masa tu masih budak-budak rasa pelik kenapa ada cop kena ambik dengan penghulu PAS, ada cop kena ambik dengan penghulu UMNO. Tapi yang banyaknya dengan penghulu UMNO lah macam pinjaman buku teks dan permohonan biasiswa.
Bila aku baca kenyataan Datuk Seri Anwar bulan 6 hari tu yang menyifatkan tindakan suruh rakyat beratur panjang-panjang untuk ambik bantuan sebagai kuno dan lapuk, aku 100% bersetuju.
Aku dah penat tengok mak aku dan orang-orang kampung aku yang rata-rata dah tua beratur panjang, duduk berjam-jam tunggu YB datang. Sedangkan benda itu boleh buat guna transaksi atas talian je.
Benda ni pernah juga berlaku kepada veteran-veteran tentera tau. Orang tua jalan kaki 2,3 kilometer untuk ke dewan majlis sebab bas drop off diorang jauh.
Macam Najib buat BR1M dulu, masa awal-awal kena beratur juga. Ada kena sign itu ini juga. Tapi ditambah baik sedikit demi sedikit. Akhirnya duit BR1M hanya perlu isi borang online dan duit pun masuk terus ke dalam akaun tanpa perlu beratur.
Kerajaan Madani tak reject 100% benda baik yang dibuat kerajaan terdahulu. Contohnya BR1M dan cara penyalurannya. Malah, ditambah baik lagi melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan Madani memurnikan database dan golongan sasar yang terlibat.
*****
Semalam, dalam sesi penggulungan Belanjawan Johor 2027, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz menyindir kerajaan Madani dengan mengatakan dulu dikutuk, sekarang Bantuan Awal Persekolahan pun guna kaedah sama iaitu beri wang bantuan secara bersemuka.
Ada dua perkara.
1. Aku dah jelaskan di awal post ini pasal pengalaman aku mendapatkan bantuan secara bersemuka. PMX faham pasal tu dan tak nak teruskan lagi sebab lebih banyak mudarat dari manfaat. PMX tak juga tak nak urusan bantuan ini dijadikan platform berpolitik tak kiralah dari pihak pembangkang atau kerajaan perpaduan sendiri. Sudah-sudahlah berfikir cara kuno.
2. Aku cakap ni sebagai guru kelas yang terlibat secara langsung dengan Bantuan Awal Persekolahan. Urusan ini sebenarnya lebih mudah dibuat secara bersemuka.
Kalau nak transfer duit BAP secara online, ada prosedur yang perlu dipatuhi.
Pertama, verifikasi akaun bank. Pihak sekolah tak ada database akaun ibu bapa. Ibu bapa kena sediakan salinan penyata bank yang membuktikan akaun itu memang milik mereka. Itu belum masuk lagi yang ibu bapa bercerai atau murid bukan lagi di bawah jagaan ibu bapa. Ini semua menimbulkan kerumitan proses hingga duit tak dapat disalurkan 2,3 bulan.
Ibu bapa ni nak update maklumat anak-anak dalam idMe pun tak berapa rajin, inikan lagi nak update pasal penyata bank.
Kedua, ini salah satu cara KPM nak ibu bapa lebih terlibat dengan pelajaran anak-anak. Waktu mesyuarat PIBG, kiralah berapa orang ibu bapa yang hadir. Waktu serah laporan keputusan peperiksaan, sama juga. Tapi bila nak bagi duit, ramai yang datang.
Waktu inilah cikgu dapat peluang bersua muka dengan ibu bapa murid yang mereka ajar. Banyak perkara tidak semudah bercakap di telefon atau mesej WhatsApp. Mendidik itu urusan manusiawi dan sangat memerlukan komunikasi bersemuka.
Ada tiga pihak di sini iaitu sekolah, murid, dan ibu bapa. Tak seperti BKJ yang hanya melibatkan dua pihak iaitu pemberi dan penerima.
*****
Bila tengok Onn Hafiz membandingkan BAP dan BKJ, aku geleng kepala. Macam manalah dia ni berfikir.
Utamakan rakyat. Bukan guna benda ni untuk agenda politik peribadi.









No comments: