Presiden Rusia, Vladimir Putin telah memperkenalkan kapal selam baru bernama Perm pada Jumaat, 27 November 2026.
Majlis menaikkan bendera itu diadakan di limbungan Sevmash, di bandar Severodvinsk, di utara-barat Rusia. Majlis itu menandakan Perm kini diserahkan secara rasmi kepada Tentera Laut Rusia.
Apa yang istimewa tentang Perm ?
1. Kelas Yasen-M - Perm adalah kapal selam kelas Yasen-M, atau Projek 885M. Ia adalah kapal selam serangan berkuasa nuklear, bukan kapal selam yang membawa peluru berpandu balistik nuklear.
2. Pertama bawa Zircon - Moscow mendakwa Perm adalah kapal selam pertama yang dilengkapi dengan peluru berpandu hipersonik Zircon. Peluru berpandu ini sangat laju dan sukar dipintas, dan ia menjadikan Perm lebih berbahaya berbanding kapal selam Yasen-M yang terdahulu.
3. Boleh beroperasi di mana-mana - Putin berkata kapal selam seumpama ini boleh beroperasi di mana-mana bahagian lautan dunia, sambil membawa pelbagai jenis peluru berpandu krus.
Apa kata Putin ?
"Rusia adalah antara beberapa negara di dunia yang mampu membina kapal selam nuklear yang kuat seumpama ini, senjata dengan jangkauan dan kepentingan global."
Kenyataan ini merujuk kepada peranan kapal selam nuklear sebagai benteng terakhir Rusia. Kerana ia boleh bersembunyi lama di bawah laut, ia memastikan Rusia masih mampu membalas serangan walaupun diserang dahulu.
Apa lagi berlaku selepas ini ?
Putin mengumumkan Tentera Laut Rusia akan menerima 5 lagi kapal selam nuklear menjelang tahun 2030, termasuk 3 lagi kapal selam kelas Yasen-M yang sama seperti Perm.
Beliau juga berkata Rusia akan terus memodenkan tentera lautnya dan yakin semua rancangan untuk membina angkatan laut yang kuat akan dilaksanakan sepenuhnya dan mengikut masa yang ditetapkan.
Begitulah yer
Oleh Salman Al Farisy

No comments:
Post a Comment