Semua ini bermula apabila BN-PN mahu menjatuhkan Tuanku Muhriz dengan BN menarik sokongan terhadap Kerajaan PH-BN. Akhirnya kerajaan sendiri digulingkan, krisis sendiri dicipta, janji sendiri dibuat untuk menyelesaikannya.
Bila gagal, PH pula dipersalahkan. Bila terpaksa U-turn, akur kepada Tuanku Muhriz dan krisis berjaya ditamatkan, BN-PN pula sibuk mengaku berjaya.
Cipta krisis sendiri, gagal selesaikan sendiri, terpaksa mengalah sendiri. Tapi bila keadaan kembali aman, merekalah paling kuat bertepuk tangan.
BN-PN bukan penyelamat. Mereka cuma dalang yang terlupa bahawa rakyat masih ingat siapa yang memulakan semuanya.

No comments:
Post a Comment