PEGUAM KURANG SIHAT KES TANGGUH .

KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi menangguhkan pendengaran permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan kes liwat bekas pembantunya.


Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md. Diah membenarkan penangguhan berikutan peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah ingin membuat pemeriksaan doktor kerana kurang sihat.