Siswa UM yang sedang di cari pihak berkuasa kerana menyakat isteri perdana menteri sebelum kedatangannya ke UM hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak akan menyerah diri kerana mengganggap ianya tidak adil untuk mereka hanya kerana menconteng perkataan yang dikatakan menghina wanita pertama negara itu dan juga tuduhan cuba membakar dewan hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa mungkin alasan untuk menahan mereka adalah kerana mereka menentang kerajaan.
Shazni Munir
Malahan menurut salah seorang pemimpin utama persatuan mahasiswa Islam UM
Shazni Munir, bersama Muhammad Aizat Roslan dan Muhammad Saufi Jelani dicari polis untuk membantu siasatan berhubung kejadian dewan kuliah utama Akademi Pengajian Islam (API), 24 Jun lalu, menjelaskan bahawa mereka berbuat demikian atas nasihat peguam masing-masing.
Malah dalam satu maklumat yang lain pula,Hari ini, pentadbiran UM menafikan telah memecat dua pelajar yang dihadapkan ke mahkamah, sekali gus menafikan tulisan di laman web Mahasiswakini.
Selian itu, menurut Shazni Munir lagi, sekiranya pihak Universiti mengambil sebarang tindakan terhadap meraka,satu tunjuk perasaan akan dilakukan dan ianya pasti akan membuat bantahan dari setiap sudut.
Sementara itu 2 pelajar lain yang dituduh menconteng dan cubaan membakar dewan minggu lepas, dibebaskan hari ini selepas dijamin RM5,500 tiap seorang.
Mohd Izzuddin Hilmi (kiri bersama ibunya) dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli (bawah bersama neneknya) dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur lewat petang semalam sehingga tidak sempat membayar ikat jamin akibat prosiding yang berakhir 5.30 petang.
Mohd Izzuddin dan Mohd Syahruldeen kemudian terus pulang ke rumah keluarga masing-masing di Setapak, Kuala Lumpur dan Chemor, Perak.
Apa pun keberanian mereka dan menyatakan penentangan mereka adalah sesuatu yang dianggap punya keberanian tinggi.