Tangani Isu Negeri Sembilan Secara Tertib, Muafakat – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, sebarang krisis melibatkan institusi adat atau Undang Negeri Sembilan (Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959) sedang ditangani melalui saluran dan proses yang sah.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan kerjasama penuh untuk memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bagi membincangkan situasi semasa yang melibatkan institusi Raja serta pentadbiran kerajaan negeri, malam tadi.

“Saya telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus malam tadi bagi membincangkan perkembangan melibatkan institusi Raja dan pentadbiran Kerajaan Negeri, selain menjunjung kasih atas kebijaksanaan Duli Tuanku dalam menangani perkara ini.

Kenyataan media Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya juga ingin menegaskan bahawa persoalan yang melibatkan institusi Undang sedang ditangani melalui saluran serta proses yang sah serta kebijaksanaan Undang.

“Dalam apa jua keadaan, keluhuran institusi Raja dan undang-undang negeri mesti terus dipelihara serta dipertahankan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyeru rakyat khususnya di Negeri Sembilan terus berhemah, beradab dan menjaga ketertiban terutama dalam membicarakan ehwal institusi Raja dan undang-undang negeri.

“Kemenakan beraja ke mamak, mamak beraja ke muafakat, muafakat beraja kepada kebenaran, dan kebenaran itu berdiri sendiri,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut menyokong titah Tuanku Mukhriz agar Datuk Seri Aminuddin Harun terus menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Menteri Besar.

Jelasnya, ia memastikan kestabilan pentadbiran negeri, memelihara kepentingan rakyat serta menjunjung kedaulatan undang-undang yang berkuat kuasa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya yakin berdasarkan pengalaman dan khidmat cemerlang, beliau akan terus menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya.

Aminuddin hari ini meneruskan tugasnya seperti biasa bagi menjelajah beberapa buah sekitar Port Dickson dalam menaikkan semangat para pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026.

No comments: