Ahmad Zahid Jumpa PM Anwar Bincang Politik Negeri Sembilan

 




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026.

KUALA LUMPUR, 28 Apr – Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dijadualkan akan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini bagi membincangkan krisis politiik di Negeri Sembilan.

Turut mengesahkan perkara itu ialah Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) setelah menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026.

“Mungkin hari ini (perjumpaan bersama Ahmad Zahid). Semalam saya selepas acara majlis saya ke istana,” katanya ringkas

Terdahulu, Perdana Menteri hadir ke Majlis Temu Anwar dan Peluncuran Pembinaan Bangunan Baharu Universiti UCSI, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid dilaporkan berkata, beliau dijadualkan akan berjumpa Anwar hari ini namun enggan mengulas masa dan lokasi pertemuan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail meluncurkan pembinaan bangunan baharu Universiti UCSI di Le Quadri, Kuala Lumpur pada 28 April 2026.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan politik melibatkan parti komponen, Anwar meminta semua pihak tidak membuat andaian.

“Dalam politik ini, jangan buat terlalu banyak andaian,” katanya.

Kemelut tercetus apabila 14 Adun Umno Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan ingin bekerjasama dengan lima Adun Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan negeri baharu.




No comments: