Nik Nazmi
Itulah adat resam politik, ada pelbagai usaha untuk mencatur dan menjatuhkan seseorang.
Hari ini kita melihat perkembangan politik di Negeri Sembilan di mana wakil rakyat UMNO tarik sokongan kepada MB @dsaminuddinharun.
Walaupun dari umur senior sedikit, kami batch sama menang atas tiket PKR pada PRU 2008. Beliau menang tipis di DUN Sikamat, tetapi setiap pilihan raya majoritinya bertambah. Pada 2018 beliau menjadi MB Negeri Sembilan. Pada 2022 beliau juga menjadi Ahli Parlimen Port Dickson.
Beliau antara pengasas parti pada era Reformasi. Orangnya simple, dan ketika menjadi satu-satunya wakil rakyat Melayu PKR di Negeri Sembilan pada 2008 bergelut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasannya.
Orang ramai di Negeri Sembilan sukakan gayanya yang cukup mudah bergaul, tidak terlalu protokol.
Banyak kami bekerjasama pada era saya di Kementerian dan beliau memegang tampuk Kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment