Adakah berlaku kejatuhan kuasa Raja dan Kerajaan Negeri?
Kata UMNO N9, mereka hilang kepercayaan pd MB9 kerana isu Institusi Adat bila MB pertahan Yang diPertuan Besar Negeri Sembilan. Adakah mereka percaya bahawa YDB N9 sudah hilang takhta?
Jika merasakan begitu UMNO N9 kena tunggu keputusan Dewan Keadilan dan Undang, yang dianggotai oleh Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin menyelesaikan isu siapa YDB N9 dahulu.
Jika UMNO masih menganggap YDB N9 masih Tuanku yg menjadi Raja di N9, jadi apa hujahnya utk mereka hilang kepercayaan kpd MB9 yg pertahankan YDB N9.
Pemimpin UMNO yg bercita cita ingin menjadi MB9 ingin mengangkat sumpah di hadapan siapa jika isu adat masih belum diselesaikan? Adakah nanti keabsahan dipertikaikan? Semua ini menjadi tanda tanya buat ketika ini.
Malah YDP skg masih mahu MB9 Amin kekal sebagai Ketua Eksekutif di N9 ketika ini. Macamana tu?
Zahid Hamidi pula berkata apa yg berlaku di N9, PN cuba ambil kesempatan. Ia seolah olah mencerminkan keputusan UMNO N9 membelakangi Presiden Parti. Semua org tahu Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin adalah org H20.
Zahid dlm bahaya andaikata benar keputusan ini membelakangi dirinya. Adakah muncul pakatan antara team Najib-H20-Tok Mat atau KJ sdg berlaku?
Membuka pintu mereka yg pernah cuba menjatuhkannya adakah umpama memberi peluru kpd pesaing politiknya?
Dlm cerita seolah UMNO N9 cuba jatuhkan MB9 di bawah Pakatan Harapan, sebenarnya kebimbangan lebih jelas ialah team Zahid sendiri. Baru tak sampai 10 hari tiba2 muncul gerakan team H20.
Konflik di N9 ini bermula ingin menjatuhkan takhta Raja di N9 dan kemudian disusuli kuasa kerajaan negeri di N9. Ia lebih dasyat dari Langkah Sheraton apabila ia melibatkan pihak Istana.
Bermula dgn kerisauan di dlm Istana, kemudian di pihak kerajaan negeri dan skg di dlm UMNO sendiri.
Dalam politik anda boleh percaya kpd perjanjian PKR. Tidak pernah meninggalkan atau membuang rakan kerjasama. Dizalimi PAS, dizalimi Bersatu dan dizalimi UMNO… Anwar tidak peduli akn kehilangan kuasa kerana niatnya satu…pulihkan kembali Malaysia.
Percayalah jika suatu hari berlaku gabungan PAS, UMNO dan BERSATU ia sukar kekal kerana sejarah membuktikan mereka mahukan kuasa.
Malah sejarah membuktikan PAS tinggalkan UMNO sertai BERSATU, BERSATU tebuk atap PAS di Perlis dan terbaru UMNO cuba tebuk atap di N9.
Anda pernah dgr PH atau PKR cuba tebuk atap atau mengkhianati mana2 parti? … Nahi… Nahi.
Kalau nak mencari teman atau rakan kongsi Anwar Ibrahim orgnya. Dia tidak pernah mengkhianati rakan…walaupun rakan itu boleh menyukarkan perjalanan politiknya. Itu erti kawan sebenar.
No comments:
Post a Comment