Empat Jawatan Exco Negeri Sembilan Termasuk Exco Kanan Kosong

 


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama Adun Pakatan Harapan (PH) dalam sidang media tergempar di Seremban pada 27 April 2026. Foto Anthony Loke Siew Fook

SEREMBAN, 27 Apr – Jawatan EXCO kerajaan Negeri Sembilan yang disandang oleh empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno/Barisan Nasional (BN) telah dianggap kosong selepas kesemua wakil rakyat terbabit menarik sokongan kepada kerajaan negeri menerusi kenyataan media dikeluarkan mereka sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, berikutan sudah berlaku empat kekosongan jawatan itu, pengisian jawatan berkenaan akan ditentukan kemudian.

“Yang menarik sokongan kepada kerajaan negeri adalah mereka (Umno/BN). Maka ada kekosongan (EXCO) sekarang.

Antara komen pedas yang ditinggalkan netizen yang mengecam tindakan Jalaluddin Alias dan Adun Umno menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan. Foto Facebook Jalaluddin Alias

“Kita akan buat keputusan kemudian. Buat masa ini saya belum ada keputusan. Tadi dalam perbincangan (dengan pemimpin PH negeri) pun kita tak ada keputusan lagi,” katanya pada sidang media di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, petang tadi.

Empat ADUN Umno/BN yang memegang jawatan EXCO dalam kerajaan negeri ialah ADUN Pertang, Jalaluddin Alias yang diberi taraf EXCO kanan; ADUN Senaling, Ismail Lasim; ADUN Palong, Mustapha Nagoor dan ADUN Linggi, Mohd Faizal Ramli.

Aminuddin berkata, penentuan sama ada jawatan itu akan dipangku oleh ADUN lain akan diputuskan kemudian.

Antara komen pedas yang ditinggalkan netizen yang mengecam tindakan Jalaluddin Alias dan Adun Umno menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan. Foto Facebook Jalaluddin Alias

Menariknya, tindakan Jalaluddin merupakan Pengerusi BN negeri yang mengetuai tindakan 14 Adun berkenaan, namun kini hebat diserang di media sosial miliknya sendiri terutama di Facebook, seolah memakan diri sendiri.

Antara komen yang ditinggalkan seperti Aliff Haziq Othman “Tiada sebarang alasan kukuh untuk menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan selain daripada “mempertahankan adat”. Sila huraikan dengan lebih lanjut. Sifat selekeh UMNO/BN Negeri Sembilan ini amat memalukan. Tidak perlu berselindung di sebalik nama kemaslahatan sejagat.
Berterus terang sahajalah niat sebenar anda,” tulisnya.

Antara komen pedas yang ditinggalkan netizen yang mengecam tindakan Jalaluddin Alias dan Adun Umno menarik sokongan daripada kerajaan Negeri Sembilan. Foto Facebook Jalaluddin Alias

Seorang lagi Azlanshah Mustapa menyatakan “Soba (sabar) tok..nampak golojoh bona (betul). tak mihak mano2..tapi keputusan yang dibuat ni macam
mencari peluang dalam kesulitan MB.tak cantik caro (cara) eh..pelan?.ado (ada) rezeki tak kemano ( ke mana) jawatan MB tu,” katanya.





No comments: