28 April 2026
Kedudukan PH di Negeri Sembilan ketika ini adalah sebagai kerajaan tak cukup jumlah.
Mereka bukan kerajaan minoriti.
Kerajaan minoriti lebih merujuk kepada suasana di manq tiada mana-mana parti, baik secara sendirian atau bekerjasama pihak lain, dapat memperolehi majoriti bagi membentuk kerajaan.
Dengan itu, kerajaan tersebut perlu mendapatkan sokongan parti lain untuk kekal berkuasa atau bagi meluluskan sesuatu undang-undang, misalnya melalui perjanjian persefahaman dan sebagainya.
Apa yang berlaku di Negeri Sembilan ialah PH tidak lagi cukup jumlah untuk kekal sebagai kerajaan.
Dahulu, gabugan PH dan BN mempunyai jumlah 31 kerusi (PH 17 dan BN 14) daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi dalam DUN.
Apabila BN yang ada 14 kerusi telah menarik sokongan terhadap PH, bermakna PH hanya tinggal 17 kerusi!saja lagi.
17 daripada 36 kerusi, secara tepat dan sahih adalah tak cukup jumlah.
Sebaliknya BN yang ada 14 kerusi dan sekarang mendapat sokongan PN yang mempunyai 5 kerusi, menjadikan gabungan BN/PN memiliki 19 kerusi.
Perakuan mengenai jumlah 19 kerusi itu telah dinyatakan dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi.
Dengan 19 kerusi dimiliki itu bermakna BN dan PN ada majoriti mudah dan cukup jumlah untuk mengambil alih kerajaan.
PH setelah diceraikan BN dan hanya tinggal 17 kerusi sudah menjadi kerajaan tak cukup jumlah.
Kerajaan tak cukup jumlah berbeza dengan kerajaan minoriti.
Kerajaan minoriti bermaksud tiada mana-mana parti berjaya memperolehi majoriti.
Dalam kes Negeri Sembilan, terbukti BN dan PN sudah ada majoriti.
Bila ada pihak yang berjaya membuktikan majoriti, merekalah sepatutnya mengambil alih kerajaan.
Sebab itu, jika Aminuddin Harun ada maruah dan harga diri sebagai pemimpin yang dikatakan baik dan berjiwa reformasi, beliau harus meletakkan jawatan dengan segera dan tanpa berlengah lagi.
Sepatutnya, ketika mengadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan semalam, beliau wajar membawa sekali surat perletakan jawatannya.
Ini kerana daripada segi moral, apabila 14 telah menarik sokongan dan 5 pula datang memberi sokongan kepada 14, kelayakan pihak 17 untuk kekal berkuasa sudah hilang serta-merta.
Pilihan lain yang harus dilakukan Aminuddin ialah memanggil Sidang DUN dengan sesegera mungkin agar kejelasan kedudukannya dapat segera dimuktamadkan.
Makin lama gagal berbuat sesuatu untuk mengesahkan kedudukannya yang kini dipertikaikan, harga dirinya di mata umum semakin lebur dan terhakis.
Pemimpin dan kerajaan tak cukup jumlah tiada ruang untuk berkuasa melebihi masa. - ShahbudinHusin 28April2026.
No comments:
Post a Comment