Menarik kenyataan media Menteri Besar Negeri Sembilan. Dapat belajar benda baharu.



Hamdan Bin Sarabani



 Menarik kenyataan media Menteri Besar Negeri Sembilan. Dapat belajar benda baharu.


Dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, kalau nak turunkan Yamtuan melalui 2 cara:

1) Berhenti sendiri
2) Dipaksa Berhenti

Keadaan apa yang dia boleh dipaksa berhenti?

Kalau dia ada salah satu ciri ni:


1) Uzur yang amat parah seperti gila, bisu, atau buta
2) Mempunyai sifat yang hina
3) Melakukan perbuatan yang keji
4) Dengan sengaja mengendahkan Perlembagaan.


Hanya selepas dibuat salah satu dan dipanggil Yamtuan, keempat-empat Dato Undang DAN MENTERI BESAR perlu tanda tangan proklamasi memecat Yamtuan.


Dalam kes kali ini, nampaknya memang Dato Dato Undang yang tak ikut Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri iaitu:


1) Gagal buktikan Yamtuan Besar ada salah satu daripada 4 ciri-ciri tadi.

DAN

2) Tak tanda tangan proklamasi keputusan bersama Menteri Besar.


Jelas Umno Negeri Sembilan dah DERHAKA kepada Tuanku Mukhriz.





No comments: