Bagaimana kerajaan ‘tebuk atap’ Nismilan boleh berlaku?







 


Oleh EDY NOOR REDUAN

Apa yang saya bentangkan ini secara ringkasnya hanyalah dari sudut politik yang menjurus kepada pentadbiran Kerajaan Negeri, bab adat kita tak campur.

Hanya ada dua sahaja cara ‘Langkah Jalal’ (pembentukkan kerajaan tebuk atap NS) mampu jadi kenyataan;

1. Usul undi tidak percaya di dalam Sidang DUN.

2. Jumpa Tuanku YamTuan untuk persembah majoriti mudah yang diperolehi (precedent case krisis Perak)

Untuk pilihan yang pertama, sidang akan berehat selama 6 bulan, dan selepas sidang bermula, jika ketua pembangkang NS yang baharu atau mana-mana ahli pembangkang nak usul undi tidak percaya, ia perlu mendapat laluan Speaker Dewan. Semoga berjaya.

Untuk pilihan kedua, dengan Titah Tuanku YamTuan Besar yang mahu Kerajaan PH Negeri Sembilan (Kerajaan Beta) terus mentadbir negeri, saya secara peribadi tidak fikir pihak pembangkang NS akan dapat peluang mengadap Tuanku bagi mempersembahkan jumlah majoriti.

Maka setakat ini pada hemat saya, Kerajaan PH Nismilan akan meneruskan pentadbiran hingga selewatnya pada hujung sesi Pembentangan Belanjawan NS 2027.

Apatah lagi MB dan seluruh Adun PH Negeri Sembilan Menjunjung Titah Tuanku YDPB untuk terus menjalankan tugas pentadbiran negeri. 

Sepatutnya ‘Umno Jalal’ mengambil iktibar dari peristiwa Langkah Sheraton nirrojim, pengkianatan mandat rakyat yang akhirnya hanya mampu menjadi kerajaan 33 bulan dengan pelbagai masalah. 

Allah maha Besar, walaupun menang banyak PRU15 namun geng pengkhianat ini tetap menjadi pembangkang, malah ramai antara mereka tersusun menunggu giliran ke pelbagai dakwaan dan pertuduhan, untuk ke ‘dalam’.

Rakyat juga sudah muak dengan gerakan ‘tebuk atap’, rata-rata komen atas pagar yang saya nampak begitu marah dengan tindakan ‘Umno Jalal’, dan pujian melambung kepada MB TokMin yang dilihat tawadduk dengan penuh kesabaran.

Akhir kalam, lega rasanya bilamana Kerajaan PH NS akan bekerja seperti biasa, mungkin menggandakan tahap perkhidmatan kepada rakyat Nismilan.

Kegelojohan PN juga terserlah apabila Datuk Seri Presiden Zahid Hamidi kondem PN sebagai mengambil kesempatan dari kemelut NS. Orang kata biar putih tulang, nampaknya bukan PN sahaja yang berputih mata.

*** EDY NOOR REDUAN adalah Pengerusi Kelab Rakan Media Siasah Madani (KARESMA)


No comments: