Kata Timbalan Pengerusinya, Abdullah Mohd Nor, amalan demokrasi dalam negara ini sudah pasti menjadi platform utama kewujudan parti-parti politik kini. Namun begitu ujarnya, ia harus mengutamakan kepentingan dan keperluan rakyat sepertimana kewujudan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu. “Sebelum ini rakyat telah berjaya menikmati polisi dan dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan PAKATAN HARAPAN serta dapat membandingkan bentuk kepimpinan yang ada semasa kerajaan terdahulu.