Usul bayar gaji menteri, PN pusing ikut lain?
FB Saiful Izham
Bagi yang masih tak ketahuan punca.
Ketahuilah, bahawa sesungguhnya yang dok mengata kat ahli-ahli parlimen dari blok Pakatan Harapan & pembangkang lain KONONNYA telah menolak peruntukan khas untuk RAKYAT di Parlimen semalam ni, adalah dari dari golongan yg tak reti dan tak paham bila baca usul.
Mereka ini adalah golongan yang pandai membaca tajuk dan mampu paham isi kandungan Usul ke semuanya, hanya dengan membaca tajuk Usul. Mereka adalah golongan Kluster Khasyaf lebih tinggi dari kluster Kayangan, yang mampu mendahului kemampuan Aqal dan minda manusia biasa bila berfikir…
Secara ringkasnya, usul yang telah dibentangkan dan dibahaskan adalah Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan semula peruntukan perbelanjaan) tahun 2020.
Usul ini dikemukakan untuk kelulusan Dewan Rakyat berikutan pembentukan kabinet baru pada 10 Mac 2020, dan beberapa kementerian telah disusun dan dijenamakan semula.
Ianya juga melibatkan beberapa kementerian baru yang telah ditubuh dan satu kementerian telah dipindahkan fungsinya kepada kementerian lain.
Perbelanjaan pembangunan melibatkan kementerian2 yang disusun semula dan dijenamakan semula dalam senarai anggaran perbelanjaan persekutuan.
Dalam erti kata lain, atau mudah nak paham ialah, Ianya melibatkan antara lainnya, adalah peruntukan untuk membayar GAJI DAN ELAUN menteri2 baru, Timbalan2 menteri, setiausaha politik dan beberapa Pegawai2 khas lantikan politik yang baru dan yang DITAMBAH, bagi memenuhi keperluan menstabilkan kerajaan Tebuk Atap yang ada hari ini.
Kat mana yang katanya peruntukan untuk Rakyat? Cuba mai bawak hujah dengan fakta yg jelas, bukan fakta sembang deraih tepi Longkang…