PH atau BN yang jual saham TNB Tabung Haji?
Abu Hafiz Salleh Hudin
1. Secara jujurnya, seperti yang pernah saya katakan pada malam perdebatan antara YB Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa dan YB Dato’ Seri Azeez Rahim, perdebatan itu sungguhpun bagus, ia gagal menyelesaikan banyak isu kerana watak utama yang sepatutnya hadir menyatakan pendirian dan penjelasan adalah Menteri Agama PN, YB Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli al-Bakri sendiri. Dato’ Seri Azeez Rahim bukanlah Menteri Agama, atau ahli kabinet mahu pun terlibat dengan Tabung Haji (TH) lagi.
2. Ini termasuk berkenaan status Laporan Kewangan TH bagi 2018 yang telah diakui SIAP namun belum diedarkan kepada ahli Dewan Rakyat dan masyarakat umum. Tetapi, sepanjang perdebatan, isu ‘kegagalan’ membentangkan Laporan Kewangan TH 2018 terus tanpa henti disalahkan kerajaan PH. Saya cabar Menteri Agama PN atau Dato’ Seri Azeez dedahkan tarikh Ketua Audit Negara menandatangani sebagai tanda setuju Laporan Kewangan 2018 bagi TH dikeluarkan dan diterbitkan.
3. Namun, tulisan saya kali ini, secara khusus ingin menganalisa soalan wakil Dato’ Seri Azeez ketika bertanya soalan pada sesi perdebatan itu. Wakil tersebut diperkenalkan oleh Tan Sri Johan Jaafar sebagai Abdul Rahim. Soalan yang dilontarkan adalah:
‘Mengapa TH pada hujung SUKU KETIGA TAHUN 2019 menjual lebih sejuta (bukan sejuta tapi seratus juta) pegangan saham dalam TNB dari 130,449,700 unit saham kepada baki 30,080,000 unit saham sahaja; yang dikatakan saham blue-chip yang mana secara konsisten memberikan dividen yang tinggi pada TH sedangkan Dato’ Seri Dr. Mujahid menyatakan ingin menyelamatkan Tabung Haji’.

4. Saya tahu, persoalan ini sedang menjadi pertikaian undang-undang apabila Dato’ Seri Dr. Mujahid telah memulakan saman terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi yang mendakwa bekas Menteri Agama PH itu telah menjual saham TNB itu. Untuk rekod, kes saman itu telah mula didengar di hadapan Hakim Dato’ Sri Latifah Mohd Tahar pada 12 Februari 2020 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
5. Hakikatnya, soalan dan dakwaan bahawa TH telah menjual lebih SATU JUTA SAHAM dalam TNB pada SUKU KEEMPAT 2019 yang bernilai RM 1.2 BILION adalah FITNAH dan BOHONG. Saya akan buktikan dengan fakta dan kronologi seperti berikut:
i. 27 September 2019:
Tuduhan penjualan pegangan saham TH dalam TNB adalah dibuat oleh The Malaysian Reserve (TMR).
Tuduhan penjualan pegangan saham TH dalam TNB adalah dibuat oleh The Malaysian Reserve (TMR).
ii. 30 September 2019:
Tuduhan TMR itu telah DIBANTAH dan DINAFIKAN oleh TH melalui satu kenyataan media pada 30 September 2019. Bahkan TH mengumumkan pemilikan ekuiti domestik TH telah meningkat dari RM 6.36 bilion kepada RM 7.48 bilion iaitu kenaikan sebanyak RM 1.12 bilion. [Lihat: Lampiran 1] Kenyataan media ini disiarkan oleh kebanyakan media tapi TMR kekal pertahankan laporan asal. [Lihat: Lampiran 2]

iii. 01 Oktober 2019:
Pertemuan pengurusan TH dengan Editor TMR dilakukan. TH menjelaskan bahawa apa yang disiarkan oleh Bloomberg sebagai tidak tepat kerana maklumat pegangan saham TH dalam TNB tidak dikemaskini oleh mereka semenjak 2017. Editor TMR kekal berkeras mempertahankan laporan mereka dan berpegang bahawa maklumat yang diperolehi dari Bloomberg adalah sumber yang sahih. Menurut laporan Bloomberg, dari suku ketiga tahun 2018 sehingga suku kedua tahun 2019, pegangan unit saham TH dalam TNB adalah sekata tanpa perubahan iaitu 130,449,700 unit. [Lihat: Lampiran 3].

iv. 02 Oktober 2019:
Dalam komunikasi antara pengurusan TH dengan pihak Bloomberg, kesalahan itu telah diakui oleh Bloomberg dan mereka telah mengambil tindakan membetulkan kesalahan tersebut. Pihak Bloomberg telah membetulkan data mereka dengan Q4 2018, jumlah pegangan saham TH dalam TNB adalah 130,449,700 unit. Manakala bagi Q1, Q2 dan Q3 2019, pegangan saham TH dalam TNB adalah 30,080000. [Lihat: Lampiran 4]

6. Benar, berlaku jualan saham pegangan TH dalam TNB. Itu fakta! Tapi bilakah penjualan itu berlaku? Untuk makluman, penjualan atau pelupusan (disposal) unit saham TH dalam TNB berlaku pada tahun 2017 semasa BN masih lagi memerintah. Pembelian unit saham baru oleh TH dalam TNB berlaku tahun 2017 sebanyak 60,500,000 unit saham yang menjadikan pegangan keseluruhan TH pada ketika itu adalah 141,500,000 unit. TETAPI, pada tahun yang sama (2017), TH menjual semula sebanyak 111,678,900 unit saham yang menjadikan baki pegangan unit saham TH dalam TNB di awal tahun 2018 hanya 29,821,100 unit sahaja. [Lihat: Lampiran 5]
7. Untuk rekod sekali lagi, kebanyakan jualan unit saham TH dalam TNB yang berlaku dalam tahun 2018 dibuat sebelum pelantikan CEO TH yang baru iaitu Dato’ Seri Zukri Samat pada 10 Julai 2018. Beliau berhenti awal atas keuzuran kesihatan dan digantikan dengan Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff pada 01 September 2019.
8. Mengapa soalan bersifat spekulatif dari wakil Dato’ Seri Azeez Rahim malam tersebut yang menggambarkan sebanyak SEJUTA (atau 100 juta? Dakwanya dari 130,449,700 unit menjadi 30,080,000 unit) unit saham TH dalam TNB telah dilupus / dijual pada tahun 2019 adalah FITNAH dan mengelirukan?
9. Jawapannya adalah pada Laporan Kewangan TNB 2018 sendiri! Pada mukasurat 318, Laporan Kewangan TNB 2018, menyenaraikan pemegang saham terbesar TNB yang ke-21 adalah Tabung Haji dengan pegangan sebesar 0.53% atau 30,080,000 sahaja. [Lihat: Lampiran 6]
10. Bagaimana pada hujung tahun 2018 dan awal tahun 2019, pegangan unit saham TH dalam TNB hanya ada 30,080,000 dan kemudian didakwa ‘menjual lebih sejuta / seratus juta unit saham’ pada suku ke-4 2019 dan kemudian menjadi 30,080,000 unit saham semula?
11. Sebagai maklumat tambahan juga, dalam terbitan Corporate Governance & Financial Statements 2019 oleh TNB bertarikh 02 Mac 2020 pada mukasurat 226, TH disenaraikan sebagai pemegang saham terbesar ke-26 dengan jumlah pegangan sebanyak 0.68% atau bersamaan 38,396,400 unit saham, lebih tinggi dari tahun sebelumnya. [Lihat: Lampiran 7]
12. Persoalan itu rupanya sangat spekulatif dan manipulatif… Dan akhirnya berdasarkan maklumat-maklumat diatas, persoalan dan tanda tanya itu hanya sekadar satu FITNAH kepada kerajaan PH dahulu dan khususnya YB Dato’ Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa serta pengurusan TH.
13. Akhir kata, soalan dari saya: SIAPA SEBENARNYA YANG MEMPOLITIKKAN ISU TH? SIAPA YANG MEMFITNAH? DAN KEMUDIAN MEMINTA ORANG LAIN BERHENTI MEMPOLITIKKAN ISU TH?