MUAFAKAT NASIONAL JADI MELAYU RAYA?



Menurut beliau penyertaan BERSATU akan memantapkan lagi Muafakat Nasional yang digagaskan atas dasar muafakat dalam hal-hal dan isu-isu berkaitan kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera dan kepentingan nasional secara umumnya. "PAS juga yakin gandingan parti-parti Umno, PAS dan BERSATU bukan sahaja akan mewujudkan suatu gagasan besar ‘Melayu Raya’, dan sekali gus memperkasakan struktur masyarakat Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk berbilang bangsa, agama dan budaya seperti termaktub dalam undang-undang teras Malaysia serta sejarah dan pengalaman panjang kita bersama," ujarnya dalam satu kenyataan.




No comments: