Laporan polis oleh Aidil Azim .Kenapa Azmin Ali buat begitu?



Saya AIDIL AZIM BIN ABU ADAM ingin membuat laporan polis seperti berikut. Pada 15 July 2020 semasa saya berada di rumah seperti alamat NO 9-4-13 Jalan 7/145D Taman Desa Cheras 56100 Kuala Lumpur. Saya telah menerima mesej whatsapp berupa hantaran artikel blog Malaysia Today dimaklumkan oleh Abang saya iaitu A.Azari Abu Adam. Pada jam 10:00 pagi saya telah membuka artikel tersebut adalah dari blog Malaysia Today bertarikh 15 August 2020. Anwar Ibrahim Dengan Aidil Azim A.K.A Raja Goyang. Saya telah membaca artikel tersebut dan saya melihat terdapat 3 dokumen yang berupa akuan bersumpah berkaitan diliwat oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2013 sebanyak 4 kali. Akuan bersumpah ini telah dibuat oleh saya kerana saya telah dipengaruhi untuk membuat akuan bersumpah tersebut oleh penama Dato Sri Ramesh Rao Krishnan Naidu. Beliau memaklumkan kepada saya memperolehi habuan atau pampasan sekiranya akuan tersebut ditunjukkan dan diuruskan oleh beliau kepada YB Datuk Seri Azmin Ali. Oleh itu saya percaya akan kata-katanya menyebabkan saya bersetuju untuk melakukan akuan bersumpah berkenaan. Selain daripada itu penama di atas juga telah mengarahkan saya untuk membuat satu medical report palsu secara backdated di Hospital Tawakal tetapi saya enggan berbuat demikian merujuk kepada isi kandungan akuan bersumpah tersebut.
Akuan bersumpah itu kemudiannya telah diserahkan kpd Dato Sri Ramesh Rao Krishnan Naidu ketika satu perjumpaan telah dilakukan di sebuah restoran mamak dibelakang KELANA JAYA MEDICAL CENTRE. Pada ketika itu Ramesh Rao telah memaklumkan kepada saya sekiranya mendapat habuan dan pampasan dari YB Azmin Ali kelak.

Pada 15/7/2020 terbitan artikel ini telah disebarkan oleh Raja Petra Kamaruddin kerana saya yakin bahawa Ramesh Rao telah menghantar akuan bersumpah tersebut kepada Raja Petra iaitu pengendali blog Malaysia Today. Selama ini perkara itu tidak diketahui oleh sesiapa pun sehinggalah pada hari ini. Saya telah diperalat dan dipergunakan oleh Dato Seri Ramesh Rao Krishnan Naidu dengan melakukan penyebaran berita berunsur lucah di media sosial ke atas saya hingga menyebabkan segala maruah saya dan seluruh ahli keluarga saya tercemar dan telah menyebabkan saya telah diganggu oleh beberapa pihak media sehingga menyebabkan saya terganggu emosi dan tertekan.

Tujuan laporan polis ini dibuat adalah untuk mengambil tindakan ke atas Dato Seri Ramesh Rao dan Raja Petra yang telah menyebarkan berita berunsur lucah ke media sosial. Sekian Laporan Saya.

No comments: