ABD RAUF & WAN FAUDZIN
Tak ada PM Interim kerana Anwar Ibrahim masih mendapat sokongan
majoriti ahli-ahli parlimen yang telah membuat SD.
Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti ahli-ahli parlimen
secara individu bukan melalui ketua-ketua parti sebagai contoh salah satu ahli
parlimen yang menyokong Anwar dan membuat akaun SD ialah ahli Parlimen Simpang
Renggam dan banyak lagi yang Anwar tak dedahkan kepada umum kerana ia hanya
untuk pengetahuan YDPA.
Anwar Ibrahim ada sokongan majoriti ahli-ahli parlimen maknanya
tak parlu PM INTERIM dan Anwar Ibrahim sepatutnya dilantik sebagai Perdana
Menteri menurut Perlembagaan.
Tuanku pernah tengok mahathir perintah, dua kali. Tuanku pernah
tengok Najib perintah. Tuanku juga dah tengok Muhyidin perintah. Cuma yang
Tuanku belum pernah tengok adalah Anwar memimpin negara ini. Kebetulan pula,
Anwar adalah pemimpin dari gabungan PH yang rakyat beri mandat pada PRU14 yang
lalu sebelum ianya dikhianati dan dirampas tanpa melalui amalan demokrasi.
Apakah rugi sekiranya kita benarkan Anwar diangkat menjadi PM dan
PH diberikan haknya kembali? Kita harapkan sesuatu pertimbangan yg adil dan
bijaksana dapat dilakukan bagi menghentikan kebobrokan kerajaan yang ada
sekarang.