NORMAN RADZUAN
Antara ungkapan
Bacalah dengan hati
yang lapang dan dengan dada yang terbuka.......
.
Yang miskin dan kaya
bergantung pada orang lain
AKHIRNYA ORANG AGAMA
AMBIL PELUANG
Orang miskin
bergantung kepada orang kaya untuk membantunya melalui sedekah duit dan orang
kaya bergantung kepaada orang miskin untuk masuk ke syurga. Pergantungan inilah
yang membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.
Orang miskin (sihat
tubuh badan) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya
mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.
Orang kaya pula
meminta ahli-ahli masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap
bulan untuk bacaan Yasin. Mengharap orang lain membaca agar dia mendapat pahala
dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.
Lebih menyakitkan
hati orang beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil
agama untuk mencari keuntungan peribadi.
Mahu diubah? Kata
Abdullah Mursyi dalam karangannya 'Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu' :
"Kamu dibesarkan oleh orang tua yang menanam benih pembodohan. Sumpahan
paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri
oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina."
Pendita Zaaba
menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah
Mursyi di dalam bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.
Kata Zaaba :
"Agama yang telah diajar oleh orang Melayu kepada orang Melayu menjadikan
bangsa Melayu sebagai bangsa yang tidak boleh bangkit."
Kata-kata cerdik
pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada
sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam
dimintanya air jampi.
Wahai orang Melayu!
Jika benar air jampi boleh beri orang pandai tanpa membaca buku
ulangkaji....dah lama Nabi doakan air zam zam untuk pujuk Quraisy memeluk agama
Islam.
Lihat lagi sikap org
Melayu yang suka bergantung kepada hidup pada orang lain. Jika ada kematian, 7
malam diadakan bacaan Tahlil beserta makan, hari ke 40 baca lagi dan terakhir
hari ke 100. Ia dilakukan dengan harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si
mati di dalam kubur berhadapan dengan malaikat.
Moralnya pergantungan
orang Melayu kepada orang lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak
bergantung kepada amalan solehnya sendiri dan anak-anak.
Apabila Hamka menegur
sikap orang Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya... melenting orang
Melayu dengan alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yang telah diajar dari
warisan guru-guru terdahulu.
Orang Melayu jenis
mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jangan mati adat hingga sanggup
menuduh Hamka sebagai Wahabi.
Sebab itu Abdullah
Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan orang Melayu
di zaman mereka kerana pemikiran mereka yang kritis, berwawasan dan akademis
cuba membetulkan yang tidak betul kepada betul.
Zaaba menulis orang
Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba
mengatakan orang Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan
mengira untuk menjadi kerani di pejabat-pejabat.
Saya mengajak kalian
melihat sikap orang Melayu yang sangat lucu. Al Quran 100% orang Melayu
menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya untuk
bekalan akhirat.
Orang Melayu
kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan
syaitan dengan hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.
Orang Melayu jika
diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas untuk
menjadi kaya tanpa berusaha. Hinggakan mencari syurga pun ramai orang Melayu
mengambil jalan pintas dengan menyertai parti tertentu yang kononnya perjuangan
mereka adalah mencari syurga.
Lihatlah apabila
pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin-pemimpin dalam kesulitan
maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun
sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah
mewah.
Mereka diajar menjadi
taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum
haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.
Hudud adalah nyawa
kami tetapi apabila duduk dengan kuasa politik tiba-tiba mengatakan adalah
sukar untuk hudud dilaksanakan. Sedangkan sebelum itu puluhan ribu ahli
dikumpulkan atas nama jihad datang berbondong-bondong ahli terdiri dari
orang-orang kampung dan susah berkumpul di KL dengan wang ringgit sendiri.
Bukankah ia hanya sia-sia?
Lihat semalam apabila
pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah...terus bantuan diperlukan
sedangkan orang yang menderma itu tengok salji pun belum pernah. Sebab apa
pemimpin-pemimpinnya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah
dikaldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 adalah percuma.
Air mineral dibaca
surah sekian-sekian dari modal RM1 dijual RM10. Kismis yang dibaca surah-surah
tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yang ini patuh syariah yang itu patuh
syariah... selagi boleh diniagakan atas nama agama.
Agama kita teruk
diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua
ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu
mengharapkan bantuan orang lain hingga mudah dipergunakan.
Nabi yang dijamin
masuk syurga pun tapi masih berusaha dengan solatnya. Nabi orang yang paling
yakin dengan Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka
tetapi jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga
untuk nafkah keluarga... tiba-tiba kamu masuk parti dan taat membabi buta
dijamin masuk syurga?
Moralnya Nabi pun
berusaha sendiri. Tidak mengharap pengikut menghulurkan makanan. Tak mengharap
perlindungan Allah semata mata jika berperang... usaha dan tawakal.
Berubah jangan kita
menjadi pentaksub mana-mana pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Untuk
mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan carilah ilmu.
Membaca itu untuk
mencari makna dan membaca itu untuk membuka minda.