Menjunjung kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima mengadap pagi tadi di Istana Negara.
Saya menzahirkan kebimbangan terkait langkah darurat yang benar-benar memberi dampak buruk ekonomi negara dan juga kepada warga yang miskin dan melarat.
Saya bangkitkan juga soal ujian saringan yang rendah ketika ini, serta angka jangkitan dan kematian yang amat membimbangkan.
Saya turut menyebut bahawa tidak ada kewajaran untuk melanjutkan darurat melebihi dari 1 Ogos dan ia amat wajar untuk ditamatkan sesegera mungkin.
Saya juga terharu dengan kearifan dan keprihatian Tuanku Agong berkenaan perkembangan semasa yang semakin meruncing.
Sekalung penghargaan kepada rakan-rakan media yang komited menjalankan tugas pagi ini.
Menjunjung kasih Tuanku.
ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR/Pengerusi PH.