HIKAYAT LAKSAMANA BENTAN


May be an image of nature and sky


Laksamana Bentan keluar berperang dengan lanun yang menggangu gugat perairan Johor, kepada Sultan Mahmud lah disandarkan harapan untuk menjaga keluarganya dari sebarang bahaya.

.

Isterinya, Dang Anum sarat mengandung anak sulung Laksamana Bentan. Terlalu mengidamkan nangka dari kebun diraja, dirayu kepada penjaga kebun agar dapat diberikan hanya seulas.

.

Terlalu kasihan akan keberadaan Dang Anum, dicungkil seulas keluar dari nangka yang ditanggung untuk santapan Sultan untuk tengahari. Gembira bukan kepalang Dang Anum dapat melepaskan keinginannya terhadap nangka didalam kebun diraja.

.

Tiba masa untuk menjamah, Sultan tersedar satu ulas telah hilang dari buah nangka berkenaan. Marahnya bukan kepalang, santapannya diusik seseorang. Dipanggil tukang kebun untuk dihukum.

.

Datanglah tukang kebun ketakutan menghadap Sultan. Sepertimana manusia lain, tukang kebun juga manusia biasa, ingin melepaskan diri dari nasib terkena hukuman Sultan.

.

Bercerita lah tukang kebun, kejadian yang berlaku di kebun diraja.

.

Merah muka sultan, ditambah dengan adu domba dari orang kiri dan kanan, terus dipanggil Dang Anum isteri Laksamana Bentan untuk disoal.

.

Apabila diceritakan oleh Dang Anum akan duduk situasi, sultan tidak berpuas hati, termakan hasutan orang kiri dan kanan, terus sahaja dibelah perut Dang Anum untuk melihat adakah anak didalam kandungan itu benar-benar mengidam nangka berkenaan.

.

Sultan terlupa, suami Dang Anum itu sedang membawa perintah nya untuk menghapuskan lanun-lanun.

.

Matilah Dang Anum sia-sia. Puaslah hati sultan.

.

Sampai masanya, pulang Laksamana Bentan membawa berita gembira, lanun yang menggangu berjaya dihapuskan, perairan Johor kembali rancak berniaga.

.

Sultan yang gembira mendengar berita itu menghulurkan pelbagai jenis hadiah dan gelaran kepada Laksamana Bentan, menghargai usaha kerasnya itu. Dia terlupa yang dia telah membunuh isteri kesayangan Laksamana Bentan. Dia terlupa yang Laksamana Bentan sangat cintakan isterinya.

.

Pulanglah dengan girang akan Laksamana Bentan membawa pulang hadiah-hadiah dari Sultan untuk bertemu cinta hati. Dipanggil berkali-kali cinta hati tetapi tidak bersahut. Terus laksamana terjah ke rumah mencari setiap sudut kalau-kalau isterinya sedang bergurau bersembunyi. Namun tidak jumpa.

.

Apabila tidak terjumpa walaupun bayang sang isteri, terus laksamana bertanya kepada kenalan kemana isterinya pergi.

.

Jawapan yang diterima meluluhkan hati laksamana. Sultan yang diharapkan untuk menjaga keselamatan keluarganya sewaktu dia keluar berjuang ibarat pegar makan padi.

.

Terpercik api marah yang membara ganas didalam hati Laksamana Bentan. Terlalu marah sehingga Sultan yang dahulunya sangat dikasihi kini dilihat sebagai makhluk yang wajib dilenyapkan di muka bumi agar tidak menyusahkan orang lain di masa hadapan kelak.

.

Tiba masanya, sewaktu pagi Jumaat dimana Sultan dijunjung ke Masjid bagi menunaikan solat Jumaat. Ditahan Sultan di tengah perjalanan hanya beberapa jarak sahaja lagi untuk tiba di masjid oleh laksamana Bentan.

.

"Sultan adil disembah, sultan zalim disanggah" - Jeritan dari laksamana Bentan yang sungguh garang, seolah-olah dihadapan nya adalah seorang lanun yang wajib dihapuskan sedangkan itu adalah Sultan.

.

Habis jeritan itu, terus terhunus secara automatik keris di tangan Laksamana Bentan mencucuk bertubi ke tubuh Sultan yang masih dijunjung oleh juak-juaknya. Parah luka di badan Sultan, roh tidak lagi mampu bertahan di badan yang sudah lagi lemah fungsi.

.

Seluruh kudrat dihalakan ke tangan Sultan, dicabut keris yang tersisip di pinggang kemudian dilemparkan kearah laksamana Bentan sehingga terkena ibu jari kaki laksamana.

.

"Jika aku Sultan yang berdaulat, maka haramlah bagi Laksamana Bentan dan 7 keturunannya dari menjejakkan kaki di sini", lepas nafas, terus Sultan menghembus nafas terakhir.

.

Laksamana yang kakinya terkena keris almarhum Sultan secara tiba-tiba muntah darah dan terjelupuk ke tanah. Dan terus sahaja menghembus nafas yang terakhir.

.

Berakhirlah riwayat Laksamana Bentan. Dan yang paling menghibakan, riwayat Sultan Mahmud bukan sahaja habis malah keseluruhan keturunannya yang datang dari salasilah Kesultanan Melaka juga tamat bersama-sama dengannya.

.

Rakyat berkorban jiwa dan raga untuk merancakkan ekonomi Malaysia yang sedang terjejas akibat dua keadaan, pandemik dan kebodohan pentadbiran pemimpin khianat.

.

Rakyat meletakkan harapan agar Sultan menjadi penjaga kepada kehijauan bumi Malaysia agar kehijauan ini dapat diwarisi dan dinikmati oleh keturunan rakyat yang akan datang.

.

Malang sekali, pecah berkecai harapan rakyat apabila melihat alam yang hanya satu-satunya warisan yang ingin diwariskan kepada keturunan rakyat yang akan datang musnah dan kemusnahan ini datang dari tangan yang sangat dipercayai untuk menjaganya.

.

Sepertimana berkecai hati Laksamana Bentan mendengar berita isterinya terkulai di tangan Sultan, begitulah berkecai hati Rakyat melihat alam hijau musnah di tangan ahli keluarga Sultan.

.

Apa salah kami, wahai Sultan?

.

Apa salah kami sampai keturunan kami dinafikan terus untuk terus melihat alam hijau?

.

Apa salah kami? Apa yang kami buat sampai keseluruhan kami keturunan kami dihukum sedemikian rupa?

.

ahmades

(Janganlah baca untuk diri sendiri semata-mata, tolonglah tekan butang share agar ramai dapat baca)

 FB ZUBAIDI SUDIN

No comments: