Panas! Dr Azman disebut bakal ganti Samsuri sebagai MB Terengganu? BYE..BYE....IT IS HOPEFUL THAT GARBAGE WILL DISAPPEAR FROM TERANGGANU

 


Panas! Dr Azman disebut bakal ganti Samsuri sebagai MB Terengganu?

Adun Jabi, Dr Azman Ibrahim menjadi calon popular untuk dilantik bagi menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai menteri besar Terengganu jika rancangan untuk menyingkirkan Adun Rhu Rendang itu menjadi kenyataan.

Ini kerana, Dr Azman yang merupakan Exco Pertanian kerajaan negeri Terengganu itu menjadi pilihan kumpulan pemimpin Pas yang rapat dengan Umno di Terengganu sekarang.

“Takiri cuba pujuk Dr Azman untuk jadi MB. Tetapi buat masa ni Dr Azman tak bersetuju lagi dengan syarat-syarat Takiri,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.

Takiri adalah nama timangan untuk Datuk Dr Khairudin Aman Razali, ahli parlimen Kuala Nerus yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang didakwa menjadi pemimpin Pas yang rapat dengan kumpulan Umno di Terengganu sekarang.

Difahamkan, Umno Terengganu sedang berusaha untuk memujuk Adun Pas menyertai usaha mereka untuk menyingkirkan Samsuri dari kerusi MB Terengganu.

Ini kerana, Umno sangat tidak berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh kerajaan negeri pimpinan Samsuri kepada Adun dan juga pemimpin masyarakat di kalangan parti itu.

Di kalangan pemimpin Pas Terengganu pula, mereka lebih senang kalau Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat atau Bendahari yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Mohd Nor Hamzah dipilih sebagai MB.

Ada juga yang mahu Penolong Setiausaha 1 Pas Terengganu yang juga anak Presiden Pas, Muhammad Khalid bin Abdul Hadi dipilih.

Namun begitu, persetujuan Umno menjadi syarat utama kerana Pas mahukan kerjasama Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

Sekarang, Umno Terengganu sangat tidak senang dengan kepimpinan kerajaan negeri di bawah Samsuri.

“Satu sen pun tak ada,” itu dakwaan Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berhubung wang peruntukan untuk wakil-wakil rakyat parti itu di negeri berkenaan untuk membantu rakyat semasa wabak Covid-19.

Menurut bekas menteri besar Terengganu itu, sudah ada tiga fasa bantuan disalurkan kerajaan negeri – yang dipimpin oleh Pas – setakat ini namun Adun Umno belum menerimanya.

Beliau juga mendakwa jumlah peruntukan yang ditetapkan tidak adil di antara Adun Pas dan Umno walaupun kedua-dua parti itu membentuk Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

“Semalam YB Wan Sukhairi menafikan dakwaan saya bahawa kerajaan negeri tidak memperuntukkan satu sen pun bantuan Covid-19 kepada Adun Umno-BN.

“Kerajaan Terengganu sebelum ini sudah mengeluarkan bantuan fasa satu, dua dan tiga.

“Dalam ketiga-tiga fasa ini, satu sen pun tidak diperuntukan atau disalurkan melalui saya dan rakan-rakan Adun daripada Umno dan BN.

“Suka sekali lagi saya jelaskan sehingga kini Adun Umno-BN Terengganu tidak menerima satu sen pun peruntukan kerajaan negeri bagi bantuan covid-19,” katanya dalam satu hantaran di media sosial beberapa bulan lalu.

Selepas tu, Ahmad juga pernah mengumumkan Umno akan bertanding kesemua 32 kerusi Dun di Terengganu walaupun Umno dan Pas bekerjasama di peringjat pusat melalui Muafakat Nasional.

Umno mempunyai 10 kerusi dalam Dun Terengganu manakala Pas 22.

Jika kesemua Adun Umno bersetuju dengan gerakan untuk menukar Samsuri ini, mereka memerlukan sokongan sekurang-kurangnya tujuh Adun Pas untuk menjadikan mereka majoriti dalam Dun Terengganu yang mempunyai 32 anggota itu.

Padi tadi The Malaysia Insight melaporkan Istana Terengganu juga mempunyai masalah dengan Samsuri sehingga pernah mencadangkan agar gelaran ‘Datuk Seri’ ditarik balik dari Samsuri.



No comments: