SESSI PERBINCANGAN KHAS RAJA RAJA ADALAH INISIATIF DYMMYDP AGONG

 

Sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu diadakan 16 Jun ini


Astro Awani
Sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu diadakan 16 Jun ini
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini.
Dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadli Shamsuddin hari ini, Yang di-Pertuan Agong berkenan menganjurkan sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, di ibu negara.
Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu ini adalah atas inisiatif Seri Paduka Baginda dan akan dipengerusikan oleh Baginda berkaitan dengan usaha-usaha memerangi penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaannya semasa tempoh darurat.


Istana Negara


Kenyataan Istana Negara
Tempoh darurat tamat pada 1 Ogos, 2021.