Vagero




ZAINUDDIN Omar



Kenapa dulu lawan Rafizi untuk rebut jawatan Timbalan Presiden sehingga berkecamuk PKR. 


~KENYATAAN MEDIA~


Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN telah bermesyuarat pada hari ini.


MPP menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Parti juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus lumus sewaktu dua PRN itu serta merakamkan penghargaan kepada Dato' Seri Utama Aminuddin Harun, mantan Menteri Besar Negeri Sembilan di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang dua penggal yang lalu.


MPP turut membincangkan permohonan Sdri Nurul Izzah Anwar untuk mengundurkan diri dari jawatan Timbalan Presiden. Namun setelah mendengar pandangan Sdri Nurul Izzah dan pimpinan, MPP bersetuju untuk memberi cuti sementara kepada Sdri Nurul Izzah bermula selepas Kongres Nasional 2026 sehingga satu tarikh yang akan diumum.


MPP turut memutuskan supaya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara.


MPP juga bersetuju bahawa jawatan Pengarah Pilihanraya KEADILAN digalas sepenuhnya oleh Dato' Seri Amirudin Shari, Naib Presiden.


Berhubung Kongres Nasional 2026, Sdri Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN pada 14 Ogos 2026.


MPP turut meluluskan 3,533 orang anggota baharu bagi tempoh 12 Julai sehingga Ogos 2026, yang telah mendaftar secara dalam talian.


Fahmi Fadzil

Ketua Penerangan KEADILAN


6 Ogos 2026





No comments: