BILA DAH PECAH DUA....AIKKK TIBA TIBA PULAK .....ADOIIIII.....

 


NAJIB Bakar



Menyorot kembali drama ketika pemilihan PKR 2025, saudari NIA memberikan alasan mengapa beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden.






Selaku orang yang bekerja dengan RR ketika itu, dan sedikit pengaruh di media sosial yang aku ada, aku membetulkan kenyataan NIA tersebut.


Tak sangka pulak jadi berita arus perdana. 


Memang bila berita kononnya RR tidak akan bertanding TP heboh sekitar April, ada beberapa pegawai polis unit cawangan khas datang ke pejabat menteri untuk mendapatkan kepastian.


Rakan-rakan polis bantuan memberikan maklumat sama, pejabat cuma dikemaskan untuk jamuan hari raya aidilfitri.


Langsung tak pernah dikosongkan.


Tanyalah waima sesiapa yang berada dalam kementerian sekarang.


Aku husnuzon maklumat itu tidak sampai ke telinga NIA.


Sekarang aku agak simpati dengan NIA.


Ketika mahu bertanding TP, bersusun kenyataan media daripada pimpinan parti satu persatu yang menyokong beliau.


Tapi, mana suara mereka sekarang?


Kenapa tak pertahan NIA ketika teruk beliau diserang?


Habis madu sepah dibuang.


Maka kekallah dalam riwayat sejarah Malaysia, pemilihan PKR 2025 adalah satu kepandiran celaka.






No comments: