ARM : KRISIS DI NEGERI SEMBILAN MAKIN PARAH.







Hakikatnya tidak ada pemenang pada PRN Negeri Sembilan baru-baru ini.


BN - 18, PN - 7 dan PH - 11.


BN dan PN bukan jajaran politik baru. Ia sekadar satu persefahaman atau kesepakatan secara umum. Ia sekadar menunggang arus kebangkitan semangat dan kesedaran  orang Melayu pada masa ini yang,


* Ingin melihat penyatuan Melayu - Islam.

* Ingin melihat tertubuhnya kerajaan politik yang ditunjangi oleh kekuatan Melayu - Islam.

* Ingin melihat PMX dan PH tumbang.


Kesimpulannya, sistem politik demokrasi di Negeri Sembilan gagal membentuk sebuah kerajaan politik.


Secara tidak langsung perkara ini telah disahkan oleh pihak Istana Sri Menanti.


Menteri Besar yang dilantik bukan calon pilihan dari BN - PN tetapi adalah calon pilihan dari Istana Menanti.


Ini isyarat besar yang menunjukkan bahawa pihak Istana Sri Menanti telah menitahkan agar dibentuk sebuah kerajaan campuran di Negeri Sembilan iaitu

BN + PN + PH.


Persoalannya kini apakah Titah tersebut sah dari segi adat ?


Bukankah status dan kedudukan Yang Dipertuan Besar (YDPB) ke 11 sedang dalam pertikaian dari segi adat ?


Lalu, bagaimana pula dengan pendirian dari pihak Yang DiPertuan Besar (YDPB) ke 12 berserta dengan 4 Undang ?


Apakah mereka juga mempunyai calon Menteri Besar pilihan mereka sendiri ?


Jangan lupa ada sekelompok ADUN yang baru terpilih yang tidak hadir pada Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar yang baru ?


Bukankah ini bermakna pihak Istana Sri Menanti tidak memdapat sokongan sepenuhnya dari para ADUN Negeri Sembilan ?


Dan bukankah itu juga adalah merupakan satu bentuk penentangan terhadap Istana Sri Menanti yang keabsahannya sehingga hari ini masih menjadi pertikaian ?


Ini menunjukkan bahawa krisis adat + politik + perlembagaan di Negeri Sembilan masih jauh dari selesai.


Kalau krisis adat belum selesai, bagaimana krisis politik dan krisis perlembagaan boleh diselesaikan ?


Jadi persoalan yang lebih besar, apakah proses PRN Negeri Sembilan itu sendiri sah sedangkan keabsahan seluruh sistem pemerintahan di Negeri Sembilan masih dalam pertikaian ?


Negeri Sembilan sepatutnya diletakkan dalam status  " darurat " sehingga krisis adat ini berjaya diselesaikan secara tuntas dan muktamad. 


Namun sikap gelojoh para elit politik semakin memperparah lagi krisis adat + politik + perlembagaan yang sedang berlaku di Negeri Sembilan. 


" Ini bukan satu ujian atau cabaran besar buat Majlis Raja-raja Melayu atau Perdana Menteri Malaysia sahaja tetapi juga adalah merupakan ujian besar buat seluruh bangsa Melayu. "


Ini merupakan krisis identiti dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri.


Bukan mudah untuk meleraikan krisis yang sudah menjadi seperti kopi " three in one. "


Krisis Adat + politik + perlembagaan.


Sebab itu sejak dari awal lagi saya menyarankan agar sebuah lembaga atau sebuah jawatan kuasa yang berkecuali atau juga pihak ketiga yang dijemput untuk menjadi " penimbang tara atau pengadil " dalam kemelut ini.


Bukan saya nak memandai-mandai tetapi sebagai seorang yang berbangsa Melayu, saya juga turut bertanggung-jawab untuk mempertahankan identiti dan jati diri saya sebagai bangsa Melayu.


Saya boleh pindah agama atau pindah negara, tetapi saya tidak boleh pindah bangsa.


Sebagai penganut agama Islam, tidak bermakna saya harus menjadi orang Arab.


Sebagai warganegara Malaysia yang mengamalkan sistem sekular warisan penjajah Eropah, tidak bermakna saya harus menjadi orang Eropah.


Melayu adalah identiti dan jati diri saya dan saya berhasrat untuk mempertahankannya selagi ada hayat dikandung badan. 


Atas dasar itu saya terus berjuang di jalur adat, kebudayaan dan warisan Melayu sehingga ke hari ini.


Dan atas perjuangan tersebut juga saya telah dianugerahkan gelaran " Professor Kehormat dalam bidang politik dan sains sosial " oleh ASEAN University International Malaysia.


Dan kini, sebagai " Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Ekskavasi dan Akreditasi Warisan Malaysia (Pendawa) " yang baru dilantik, maka dengan segala rendah diri, saya ingin menyatakan bahawa pihak *Pendawa* sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk mencari penyelesaian bagi krisis adat di Negeri Sembilan ini.


Kalau bukan " Pendawa " lalu institusi, lembaga atau organisasi mana lagi yang lebih layak untuk menjadi badan berkecuali dalam krisis adat di Negeri Sembilan ini ?


Sekian, terima kasih.


Prof Dato Dr Ramalan Yunus

Promoter Agenda Reset Malaysia/Nusantara.

5 Ogos 2026




No comments: