Ni Empat Dari Sepuluh Sebab Kenapa PKR Kalah PRN




Mohd Shamsul Ghazali


 Ni Empat Dari Sepuluh Sebab Kenapa PKR Kalah PRN


- DATA

Depa susun pergerakan berdasarkan data-data yang ada, dari data depa buat profiling, segmentasi dan juga operasi mikro untuk bergerak menghampiri pengundi.. Kita pulak hanya berdasarkan “Aku rasa”, “Agaknya”, “Orang kata” dan “Mungkin kot..?” pendek kata serkap jarang sajala..


- LATIHAN

Depa memang terlatih , well trained orang kata terutamanya Petugas PAS, kurang politicking sesama depa, matlamat depa cuma satu iaitu menangkan Calon depa tak pedulilah sapa pun Calon depa tu.. Kita? jentera lagi seminggu nak pilihanraya baru nak belajar, pi mana habih orang-orang lama? PACA pulak main tangkap muat saja.. tu pun kelam kabut cari lepas penamaan Calon..


- OPERASI HARI MENGUNDI

Baik PAS mahupun BN kedua-duanya memang tersusun dan baik tapi BN memang TERBAIK pergerakan operasi depa.. kita pulak kebanyakkan BGU.. dashboard tak ada, command centre tak ada, tracking turnout pun tak buat (mungkin tak reti nak buat).. jadi bila tracking turnout tak buat micro GOTV pun ke laut laaa..


- DANA

Kita sebahagian dari Kerajaan, BN pun sebahagian dari Kerajaan.. tapi Jentera BN tak ada masaalah dengan dana (mungkin ada kot.. tapi tak kritikal).. Kita pulak berlambak MP yang jadi Menteri tapi Jentera nak bergerak tak ada dana.. tak potong bulan-bulan masuk balik ke dalam Parti ka depa tu?.. takkan semua nak pro-bono kot? agak-agak laa..


… Bila kalah PRN kita buat sidang media, kata depa mainkan isu perkauman yang sangat melampau pasai tu kita kalah, kelemahan sendiri kita tak ada pasai kita dok perasan kita kuat..


Lagi enam tu aku simpan.. 



Dapatan ni telah dinyatakan kepada DSAI beberapa hari lalu, sebelum Nurul Izzah pi sambung belajar..





No comments: